Masuk Hospital

21 Disember 2012


Pada Jumaat yang lepas (21.12) mak dimasukkan ke wad. Abah suruh aku temankan mak di wad. Tengah hari tu aku pun pergi lah ke hospital. Aku rasa ni pertama kali aku jaga orang sakit di hospital. Jadi aku jaga biasa je lah, borak2 dengan pesakit sambil main2 handphone.

Lepas solat Zohor, aku kembali ke wad dan mak cakap dia dah boleh discharge hari tu juga. Maka lepas buat check up sikit, jururawat tu pun cabut jarum kat tangan mak aku. Aku tengok biasa je lah sebab aku pun biasa tengok bila aku kena buat ujian darah. Lagi pun jarum derma darah lagi besar.

Bila nampak jarum tu aku terus rasa ngilu, sebab tu lah aku tak layak nak study medic2 ni. Tiba2 aku yang pitam. Mak bangun dari katil dan suruh aku baring. Sambil ketawa mak kata, tak boleh harap, suruh jaga orang sakit tapi dia yang pitam. Macam mana tu? Sampai sekarang pening2 lagi. Nasib baik tak amek medic (:


Me: Mak, boleh Zureen tumpang katil?
Mak: Tumpang je lah
Me: Rasa macam nak...
Mak: Eh Zureen ok?
Me: Alamak siapa yang kena tahan wad sebenarnya -.-

*tulisan hijau sebab baju hospital green colour o.O*

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*