MRSM: 5 perkara saya suka

Ini adalah 5 perkara yang Zureen suka sangat di MRSM Batu Pahat, Johor dari segi kemudahan fizikal.


  • Asrama
Asrama di MRSM Batu Pahat, salah satu perkara yang sangat best ialah privasi kita di asrama. Rasa macam nightmare sangat kalau ditakdirkan untuk duduk dalam dorm, katil double decker, selama lima tahun. Benda-benda macam tu takkan rasa lah duduk MRSM Batu Pahat ni sebab satu bilik 4 orang saja. Walaupun ringkas, cuma ada 4 katil, 4 locker dan 4 meja serta 2 lampu dan 2 kipas kalau tak silap lah. Baru keluar setahun dah lupa. Hehehe.
  • Makan
Dewan makan yang bernama Dewan Selera Seri Tanjung (kalau tak silap, dah lupa juga) pun best juga. Masa 2007-2009 dulu makan pakai tray tapi lepas tu pakai pinggan biasa saja. Waktu makan, masa awal2 masuk dulu 5 kali, lepas tu pengurusan tukar kepada 6 kali, lepas tu tukar lagi jadi 5 kali. Tapi x kisah sangat sebab memang tak kuat makan. Kadang2 makan 2 kali saja.

Selain makan, boleh lepak2 borak2 dengan kawan2, boleh juga kalau nak belajar. Masa Tingkatan 3 dulu, Dewan Selera adalah tempat Zureen dan kawan2 buat study group dalam pukul 5.30 petang camtu. Staff di Dewan Selera juga treat kami and kami treat mereka macam keluarga. Jadi, boleh la bertolak ansur sesama kami.
  • Surau
Surau ni, Zureen start suka bila penghawa dingin dipasangkan. Hehe. Mestilah surau akan menjadi tempat yang dicari-cari oleh umat Islam sekiranya memerlukan ketenangan. Selain memberi peluang kepada umat Islam belajar fardhu ain dan fardhu kifayah, di surau juga tempat kami berjumpa dengan semua Tingkatan dnan guru2. Biasa di kelas jumpa mereka untuk belajar, tapi di surau boleh lah berkasih sayang sesama saudara se-Islam kan. Terutamanya dalam program usrah dengan budak Tingkatan 1.
  • Meja kelas
Meja kelas? Kenapa tak tulis blok akademik? Haha. To be specific, Zureen sangat sayangkan study area zureen di kelas. Meja di kelas tu adalah salah satu tempat untuk menzahirkan kreativiti. Kami bukan sahaja diberikan kebebasan untuk menghias meja kelas, malah digalakkan melalui program 5s. Mood untuk belajar pun tinggi bila meja comel. Kadang2 bila penat pelajar, boleh berangan kejap, tenung gambar2 yang ada atas meja, tak pun bole lah humming lirik lagu yang ditampal di atas meja. Hehe.
  • Koperasi
Benda yang paling jelas sekali tentang koperasi ni adalah makanan - terutamanya makanan ringan. Koperasi di MRSM Batu Pahat ni sangat maju. Banyak memenagi anugerah dari ANGKASA (Angkatan Koperasi Se-Malaysia). Setiap tahun ada sahaja pembaharuan terhadap koperasi ni. Siap ada cyber cafe lagi. BAru-baru ini, vendor machine pula disediakan, yang mana menjual air dalam cawan secara automatik, masukkan syiling saja.

Lagi satu, terasa amat bersyukur sebab under koperasi ni ada perkhidmatan dobi. Last cek, sebulam RM10 je. Baju boleh dihantar setiap 2 hari, ikut jadual yang disediakan. Contoh, minggu 1 boleh hantar Isnin, Rabu, Jumaat, Minggu 2 boleh hantar Selasa, Khamis dan Sabtu dan sebaliknya, bergantung pada warna bakul. Tapi kadang2 termiss and terhantar pada hari yang salah. Haha.

Obviously, sangat berbeza dengan kehidupan ku sekarang ni. Bersyukur lah dengan nikmat2 di atas tu walaupun sekejap. Eh, lama juga, 5 tahun kan. Alhamdulillah.

9 Komen:

Nik Muhd Asyraf berkata...

Says nk masuk Mrsm Batu Pahat, saya nk tanya kalau 1 bilik 4 orang ada tandas sekali ke?

dzureen berkata...

Tahniah adik sebab dapat masuk MRSM Batu Pahat IGCSE kan. Dalam bilik xde tandas dik. Tandas ada di setiap aras saja.

Asrama ni ad 2 blok lelaki dan 3 blok perempuan. Setiap blok ad 3 aras. Kalau asrama perempuan ni, tingkat 1 ada 7 bilik, tingkat 2 ada 13 bilik, tingkat 3 pun 13 bilik.

Asrama lelaki lebih besar jadi lebih banyak bilik lah tapi saya x berapa ingat berapa banyak bilik. Tandas dalam setiap aras kalau tak silap dalam 5 toilet dan 4 shower kot.

Lebih kurang macam tu lah. Yang pasti adik akan share lah dengan rakan2 sama aras. :)

Nur Rahifah Karim berkata...

Nik ni akhirnya jd homeroom sy....:-)

dzureen berkata...

Owh alhamdulillah...Kirim salam pada dia

Alya Azman berkata...

Salam. Saya nak tya , mmg smua mrsm katil double decker ke ?

Alya Azman berkata...

Salam. Saya nak tya , semua mrsm ke katil double decker ?

Dzureen Darwis berkata...

not really, kebanyakan yang saya jumpa tak guna double decker

Tanpa Nama berkata...

tumpang tnye..1 dorm 4 org cmpur ngan senior je ke atau form 1 ngan form 1 je?

Dzureen Darwis berkata...

Depends pada pihak pengurusan asrama, setiap tahun berubah. Masa form 1, satu bilik saya semua form 1. Masa saya form 2, semua ahli bilik form 2. Masa saya form 3, saya diletakkan bersama junior form 2. Masa saya form 4, stay dengan budak2 form 4 juga dan akhirnya masa saya form 5, saya diletakkan bersama budak form 3 :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*