MRSM: Olimpiad Matematik Kebangsaan

Masa aku Tingkatan Satu dulu, pernah satu ketika ada iklan minta setiap homeroom hantar wakil untuk pertandingan olimpiad peringkat sekolah. Tapi iklan tu tak dapat sambutan hangat maka pertandingan tu tak dibuat. Sesiapa saja yang hantar nama serta merta wakil sekolah untuk pertandingan tu.

Sampai ke last minute masih tak cukup peserta. Masa tu cikgu homeroom aku yang handle jadi aku macam tak sengaja ter-tanya cikgu tu apa yang dia cari. Lepas tu aku macam terbuka hati nak ikut serta benda tu. Maka nama aku pun dimasukkan.

Lepas tu baru aku tahu kewujudan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) ini yang mana pertandingannya diadakan setiap tahun. Bagi orang2 selatan biasanya pertandingan tu diadakan di UTM Skudai. Pertandingan ni dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik (PERSAMA). <-- klik2

Benda tu bukan pertandingan nak compete apa, OMK ni ujian bertulis matematik 2 jam lebih. Soalannya tak sampai 15 pun. Masa buat latihan tu dah nampajk dah tahap kesukaran OMK ni tapi bila dah masuk dewan peperiksaan tu lagilah susah.

Masa aku Tingkatan 1 aku kategori Bongsu, dia ada juga kategori Tengah dan Sulong. Setakat ni sekolah aku belum pernah menang melainkan anugerah khas, macam peserta tu mungkin dalam golongan gred A lah agaknya.

Aku? Kumpul sijil saja lah jawabnya. Tak ke mana pun. Haha. Sebenanrnya ada guru2 pakar yang menawarkan pendidikan berbayar untuk OMK ni. Ada bengkel, kelas, buku pun ada jual. Yang penting usaha sebenarnya.

Sebenarnya aku dapat tahu benda tu tak lah lama sangat tapi entah lah kenapa aku tak kembangkan ilmu OMK tu bersungguh-sungguh sedangkan minat aku menjerumus ke arah Matematik. Nak menyesal sekarang pun tak guna.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*