MRSM: Pengalaman nak masuk MRSM

Ini Flashback.

Ditakdirkan untuk aku menuntut ilmu di MRSM Batu Pahat. Maka pada hujung bulan Februari 2007 family aku bertolak ke MRSM Batu Pahat yang terletak di Parit Sulong, Batu Pahat. Aku tidur sepanjang perjalanan menandakan aku langsung tak berminat dengan hari pendaftaran aku.

Aku masih ingat lagi,

  • no maktab: 07048
  • no bilik: c1-05
  • homeroom: Topaz
  • kelas: Vanda
Tak banyak yang boleh diceritakan tentang no maktab tu. Bilik? Masa first time masuk bilik tu, ada 1 family dah sampai dulu. Kalau diikutkan penempatan, aku dapat katil tiga. Jadi selaku budak amat skema, aku pun menuntut katil aku sebab budak tu dah amek katil aku.

Haha. itu pun nak dikecohkan. Nama budak tu Hazirah. Dia dari JB. Mula2 aku igt dy senior, Tingkatan 4 gitu tapi sebenarnya sebaya dan satu kelas. Lepas setting baik punya unpack barang kat bilik, aku dan keluarga pun duduk2 di dewan makan.

AKu macam tough sangat konon sebab dulu masa tadika, sementara budak2 lain nangis first day sekolah, aku pulak blah macam tu je tinggalkna bapa aku lepas turun motor. Yelah aku memang tak homesick tapi bila keluarga aku dah nak gerak balik ke rumah yang hanya setengah jam perjalanan, bukan jauh pun hati aku macam tersentap lah juga.

Aku macam, eh betul ke ni diorang nak balik sekarang? Mak ayah orang lain macam masih nak stay lama-lama je. Tapi sebab bajet tough punya pasal, aku pun let go je lah family aku.

Homeroom? Homeroom ni dah macam pengganti keluarga lah kiranya. CIkgu homeroom aku sekarang ni dah jadi pensyarah dah pun. Namanya Teacher Ayu. Mak Abah selalu datang rumah cikgu homeroom aku untuk kirim barang.

Bila ada aktiviti2 kat sekola, biasanya kami dikumpulkan mengikut homeroom. Saat paling aku suka bila dalam homeroom besar, Tingkatan 1-5 sebab perasan macam ada kakak abang gitu. Haha.

Kelas pula menggabungkan 2 homeroom. Vanda tu nama scientific bunga orkid. Kiranya dalam 1 kelas akan ada 2 homeroom saja. Jarang ada yang sesat kelas. Maka kadang2 terjadilah isu perkauman yang mana 2 homeroom ini akan bersatu dan macam tunjuk gah dengan kelas2 lain gitu.

Orientasi? I never like it. Tapi Orientasi aku di situ telah menyedarkan aku betapa pentingnya untuk aku belajar bersungguh2. Waa dah matang :)

1 Komen:

Nurul Farhana berkata...

wah,seronoknya hidup asrama...heheheh

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*