MRSM: Pengalaman sebelum masuk MRSM

Biasanya kan bila orang sebut SBP, MRSM tu walaupun tak tahu sangat but at least pernah lah dengar kan sekolah apekah itu. Tapi aku tak berminat langsung nak ambil tahu sebab aku sangat2 tidak suka untuk masuk MRSM itu.

Kenapa? Sebab aku dah rasa selesa sekolah di TIGS. Walaupun perjalanan sehari-hari aku sangat lah memenatkan. Pagi abah akan hantar aku ke TIGS. Bila aku habis kelas, aku akan jalan kaki pergi warung nenek aku dan tidur di situ. Agak2 petang tu baru lah aku buat homework ataupun tolong nenek aku. Malam baru abah ambil.

Masa mohon dulu, memang seratus peratus usaha mak seorang. Dia lah yang gigih isi borang. Dah la masa tu borang nya diisi macam borang OMR tu. Gigih mak hitamkan satu2 kotak pilihan tu. Paling sakit bila nak isi nama dan alamat. Satu2 huruf kena dihitamkan kotaknya sebab borang2 tu akan generated by computer.

Lepas tu, keputusan SBP keluar mak hampa sangat sebab aku tak dapat masuk SBP. So aku rasa down sangat bila mak jadi hampa. Tu yang aku beria-ia ikhlas sekolah kat TIGS tu. Aku okay je duduk situ. Yang paling aku suka sebab kelas aku di blok kayu yang ancient gila.

Masa tu, awal 2007 tengah kecoh musim "banjir termenung" tu. Dalam keadaan macam itu pun mak abah tak izinkan aku duduk di asrama tigs walaupun ditawarkan penempatan sementara. Sampai satu masa tu, nak pegi sekolah lalu jalan kampung yang dah dinaiki air.

Berhenti kat satu rumah orang kampung tu, tukar baju sekolah then baru abah drive ke sekolah macam biasa. Bila balik pula, tak lalu jalan kampung, lalu jalan luar, tapi air tinggi paras pinggan aku masa tu. Kereta tinggal luar so kami jalan kaki balik rumah.

Kadang2 tumpang lori. Yelah lori kan tinggi sikit. Itu pun aku sorang saja tumpang. Sampai hujung jalan, tunggu abah yang masih jalan kaki. Jalan yang menuju ke rumah pula air tak tinggi sangat, tak sampai paras lutut pun.

Sampai lah satu hari tu, macam biasa jalan kaki balik dari sekolah pergi ke warung nenek terlebih dahulu. Tapi nenek macam rajin sangat berdiri depan warung tu tengok je dari jauh. Disebabkan sebelum2 ni tak macam tu, jadi biasanya aku tak salam nenek aku bila sampai, terus tidur.

Tapi nenek pula beria-ia hulur tangan hari tu jadi aku pun sambut je lah salam tu tapi malang tidak berbau ada kejutan rupanya. tak perasan tangan nenek penuh tepung. It sounds like "surprise, you are offered to MRSM Batu Pahat".

Jadi aku pun macam huh what???

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*