PLKN: 5 perkara menarik

Aku sangat2 tidak suka apabila aku dapat tahu aku kena pergi PLKN. Pada awal Januari tu aku pun pergi lah juga ke kem. Ada 5 perkara menarik yang berlaku pada semua orang, semua kem dan semua kumpulan. Aku PLKN di Kem Putra Putri Alor Gajah Kumpulan 1

Kenal kawan baru
Bila pergi tempat baru mestilah kita akan jumpa kawan baru kan. Tapi aku punya kes berat sikit lah sebab taknak bukak mulut dalam 2-3 minggu. Punyalah sombong sebab aku tak ikhlas pergi kan. Tapi aku yakin aku tak akan boleh hidup kalau aku tak make friends dengan sesiapa pun. Jadinya aku make friends lah juga.

Aktiviti lasak menarik
Aktiviti lasak memang aku tak boleh nak kata tidak lah. Aku suka sangat sebab aku rasa yang lasak tu lah yang mampu buat aku lupakan hakikat aku tak suka tempat ini. Antara aktiviti yang aku suka ialah berkayak, berakit, kembara halangan, flying fox dan berkhemah.

Makan on time
Yang ni pun aku suka juga. Disebabkan latihan di sini snagat mementingkan disiplin maka makan pun on time lah. Makan adalah antara perkara yang aku suka kat sini sebab bila aku stress memang aku kuat makan. Jadi aku stress dipaksa ke kem, maka aku kuat makan, berat pun naik naik gitu.

Handphone pada hujung minggu
Rasa macam dibebaskan ke dunia luar buat seketika bila dapat handphone hujung minggu ni. Yang paling penting save money la sikit sebab aku agak kerap telefon rumah. Mana tak nya, aku rasa tak boleh go langsung untuk stay di sini dengan happy. Keluarga juga lah pengubat rindu

Elaun
Bab duit pun sedap juga. Mesti lah best rasanya bila dibawa keluar semata-mata untuk mengeluarkan elaun. Lagi-lagilah untuk orang yang boros macam aku ni. Bertambah2 boros bila tertekan, tak gitu? ELaun bulan 2 dan tiga pula aku carry forward untuk beli new phone sebab mak aku dah bising suruh aku tukar phone.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*