Prihatin sebagai penumpang bas

Red font indicates anger mood in this post. Haha

Hujung minggu yang lalu aku naik KL. Khamis lepas, 2 sehari sebelum bertolak aku cuba2 beli bus ticket via e-ticket. Rasa macam tak syok sebab bas yang aku selalu guna tu, sistem e-ticket dia ada technical problem maka aku pun beli lah ticket bas lain.

Hari Jumaat tu aku pun pergi lah dan sedikit rasa sedih di hati sebab bas tu tak ada single seat. Aku tak berapa berkenan seat dua orang lagi2 bila aku tak tahu siapa bakal duduk sebelah. Dalam risau2 tu aku tunggu siapa lah agaknya yang akan duduk sebelah aku, tup tup tengok bas x penuh, sebelah aku pun kosong. Alhamdulillah.

Aku ambil bas malam yang dianggarkan sampai pukul 11 malam. Dalam perjalanan tu, penumpang yang duduk depan aku ni boleh pula bantai baringkan seat mereka serendah yang mungkin. Aduh panas je hati ini. Mamat dua orang ini tak ada human sense kah? Ni kalau aku bersin ke, batuk ke sure kena punya. Kalau aku betul2 nak batuk tu memang aku batuk je bagi kena. Haha tapi aku tak buat lah.

Tapi luckily mereka perasan kemunculan aku di belakang yang mungkin kecil sangat sampai lamba sanagt disedari kehadirannya dan mereka pun betulkan semula seat mereka. Ha, kalau tak, aku dah tekad nak update twitter aku panjang2 melepaskan rasa tidak puas hati terhadap mereka, Sabar je lah. Baik2 nak tidur dalam bas tak jadi aku malam tu.

Bas ni pun satu, bawa macam nak menuju ke alam barzakh. Takut betul aku siap main hon2 orang lain lagi, bukan sekali dua, banyak kali pula tu. Ingatkan drive laju2 sempat lah sampai 11 malam tu, eh tak juga, 12 lebih baru sampai. Penat betul, esok juga aku nak start jaga booth pula tu. Dugaan~

Sabar lah Zureen oi.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*