REVIEW: Review of the year (2012)

Tahun ini (2012) banyak memberikan saya erti kehidupan. Di sini saya senaraikan 5 perkara penting yang berlaku pada saya tahun ini.

1. Program Latihan Khidmat Negara
Tahun 2012 dimulakan dengan menghadirkan diri ke program ini. Aku ditempatkan di Kem Putra Putri Alor Gajah, Melaka atau lebih manja dipanggil Kem Putput. Dalam tempoh 3 minggu terawal aku tekad membisu tanpa berkawan dengan sesiapa pun. Sampai ke sudah aku tak suka aku dipilih. Tapi bila difikirkan semula, aku sepatutnya ikhlaskan diri dalam melakukan satu amanah ataupun tanggungjawab. Banyak kot benda yang aku belajar dalam program tu.

2. Keputusan SPM 2011
Pada bulan Mac aku dapat keputusan SPM aku. Keputusan tidak seperti yang dijangka. Aku menjangkakan keputusan semua A tanpa mengharapkan sebarang A plus kecuali subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Walaupun aku tak dapat semua A tapi bilangan A plus dapat mengubat kesedihan aku. Malah aku berterima kasih dengan B tu. B tu memudahkan aku untuk memilih halatuju pendidikan aku. Dan barulah aku sedar hikmah aku tak dapat biasiswa MARA based on trial tu.

3. Ekspidisi memburu biasiswa
Dalam bulan 4-6 tu aku sibuk betul mengejar biasiswa, interview sana sini. Walaupun semua interview aku cuma lepas 2-3 stage je, tapi banyak juga softskills yang aku belajar. Lepas tu aku juga belajar berdikari sebab tak terlayan lah mak aku nak teman aku pergi semua temuduga kan. Akhirnya aku dapat biasiswa yang tak payah interview. Habis cerita kan?

4. Sambung belajar
Akhirnya bulan Julai aku sambung pelajaran aku di Curtin University of Technology, Sarawak Campus. Sepanjang tahun ni aku cuma habiskan 1 semester foundation. Aku rasa aku enjoy lah duduk Miri. Aku tak boleh terima kalau orang pertikaikan kenapa aku pilih Sarawak. Suka hati aku lah kan. Kalau semua orang dalam dunia ni pilih Kuala Lumpur, x ke susah?

5. Semester break
Cuti semester yang amat panjang. Hampir sebulan aku menganggur di rumah sebelum mula mencari duit sikit-sikit. Memikirkan tahun depan aku akan start bulan 3 sampai 7, cuti kejap lepas tu sambung balik 8-11 menyebabkan aku tersangat menghargai cuti yang amat panjang ini. Sejak masuk sekolah tadika dulu, inilah cuti paling panjang dan bebas tanpa homework yang pernah aku rasa. Haha

So, selamat jalan 2012, aku akan menempuhi 2013 x lama lagi :)

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*