UKKM Tingkatan 1 2013

Hari ini hari pertama Ujian Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Se-Malaysia, khususnya bagi MRSM yang menawarkan program IGSCE, Ulul Albab, & Ulul Albab.

IGCSE: Program pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang berfokus kepada peperiksaan O-Level. MRSM mensasarkan semua MRSM buat program ini tak lama lagi

Adik pun pergi la pagi tadi, bagi sesi pagi hari pertama. UKKM diadakan selama 5 hari berturut-turut. Lokasi kami MRSM Batu Pahat lah, Setakat ini MRSM yang menawarkan program IGCSE ini cuma MRSM Batu Pahat, MRSM Alor Gajah, MRSM Johor Bahru, MRSM Pekan, MRSM Kuantan dan MRSM Langkawi. Bila sampai saja tadi, terus terkam tempat kejadian

Keadaan nampak macam tak terurus lagi. Yang in charge hari tu staff bukan akademik, kecuali bahagian jaga periksa dan temuduga lah. Mungkin sebab first day, tambah pula musim cuti sekolah, keadaan nampak kelam kabut. Sementara tunggu, cek lah giliran di papan maklumat yang disediakan.

Adik masa tu dapat sesi 2, temu duga jam 8 suku pagi. Ada 5 sesi untuk pagi itu sahaja. Selepas daftar, budak2 ni terus dibawa ke tempat temu duga. Selepas temu duga pula mereka dikuarantinkan jadi tak sempatlah nak jumpa lagi. Selepas kuarantin, mereka jawablah ujian bertulis Math, Science, Personality Test dan English.

Dalam pukul 12 setengah baru semua urusan selesai. Alhamdulillah. Selamat maju jaya kepada adik. :)

6 Komen:

Awanis A berkata...

Wow sekarang MRSM BP dah introduce IGSCE ? Bagusnya.

Dzureen Darwis berkata...

Yup, asalnya nak buat di semua maktab tapi tak tahu lah jadi ke tak

eila'z berkata...

Salam.. Boleh bagi tips tak untuk temuduga lisan apakah antara soalan yg ditanya.. Please.. Sy akan menduduki ujian ukkm pada 9 Dis ni..

eila'z berkata...

Salam.. Boleh bagi tips tak tentang ujian lisan apakah contoh soalan yang akan ditanya... Dan setiap soalan ada berapa soalan ya utk math, sains, personality test dan english? Soalan dlm komputer atau manual? Tq byk2..

eila'z berkata...

Salam.. Boleh bagi tips tak untuk temuduga lisan apakah antara soalan yg ditanya.. Please.. Sy akan menduduki ujian ukkm pada 9 Dis ni..

Dzureen Darwis berkata...

Waalaikumsalam adik Eila, saya minta maaf tapi zaman saya di MRSM dulu tak ada temuduga dan ujian begini jadi saya tidak pasti bentuk soalan yang akan ditanya. Apa pun, saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada adik Eila ye :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*