Axiata Young Talent Program 2012

Satu lagi bengkel yang aku join untk permohonan biasiswa adalah Axiata Scholarship. Axiata ni company asia yang mana di bawahnya terletaknya Celcom dan beberapa syarikat komunikasi lain di seluruh asia. Axiata ni pun aku dapat lepas 2 stage je daripada 3 stage.


Stage yang pertama hampir sama macam khazanah, IQ test, ditambah dengan English Test dan Mathematics Test. IQ Test dia agak psycho. Tak boleh mengira pakai jari, tak boleh gerakkan kertas, tak boleh buat jalan kira, semua benda tak boleh. Yang boleh cuma fikir dan tulis jawapan. Tu je. English Test dia ada grammar, essay, dan vocabulary test manakala Mathematics Test dia sangat susah. Siap ada yang kita tak pernah belajar di sekolah. Ada orang kata ada soalan kalkulus. Tang mana kalkulus aku pun x pasti.

Stage kedua pun sama macam khazanah cuma tak ada temuduga. Ada 5 kalau tak silap checkpoint. Ada yang kena bina bangunan dan present, ada ujian managing emails, perbincangan dalam kumpulan, marketing, benda2 yang macam tu lah. Memang penat.

2-3 hari lepas tu dia terus hubngi untuk bagi tahu x dapat. Sebab memang masa second stage tu tinggal less than 30  orang je so tidak lah membebankan mereka untuk hubungi semua orang untuk maklumkan keputusan. Banyak juga aku belajar dari bengkel tu. Walaupun tak dapat tapi aku banyak sedar kekurangan diri aku dan seterusnya membuka peluang kepada aku untuk membaiki diri sendiri.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*