Hikmah Keputusan SPM Ku

Masa aku nak ambil keputusan SPM dulu, terdetik di hati aku 5 minit sebelum aku ambil keputusan tu kemungkinan aku mendapat keputusan semua A sebab beberapa orang kawan yang dah ambil keputusan dapat semua A. Jadi terbit keyakinan dalam diri aku masa nak ambil keputusan tu. Disebabkan keyakinan tu aku rasa down sikit bila dapat tahu aku tak dapat semua A macam kawan2 aku.

Kemudian bila aku fikir semula, baru aku sedar ada kaitannya 

  1. keputusan SPM aku tak dapat semua A, 
  2. Aku tak dapat SPC based on trial MARA result
  3. Aku kena pergi PLKN
Semua benda ini macam ada berkait rapat. Kenapa semua ini berlaku pada aku. Aku memang tak suka bila dapat tahu aku kena pergi PLKN dan aku juga sedih bila aku tak dapat sambung belajar cepat macam kawan2 yang lain.

Lama2 baru aku sedar. Yang aku berangan sangat nak sambung belajar cepat tu dah lah tak dapat, ditambah pula kena PLKN. Sebab? Mungkin sebab masa trial MARA tu aku mohon benda yang aku tak minat. Aku mohon sebab benda tu nampak gah - engineering. MUNGKIN kalau aku teruskan pengajian aku dalam bidang tu aku tak minat jadi rasa macam buang masa pula.

Benda ini semua disokong oleh keputusan SPM aku yang mana aku tak dapat A dalam Fizik aku. AKu fikir kembali, KALAU aku sambung belajar engineering awal tahun hari tu mesti malu sebab SPM x dapat A pun Fizik. Masa tu aku sedar sangat-sangat yang aku memang ditakdirkan untuk ambil apa yang aku minat.

Perkara ini telah menambah keyakinan aku bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Terjadi nya satu teori dalam kepala aku,
Doaku: Ya Allah, aku taknak terpilih PLKN
Mungkin kata Allah: Aku lebih tahu apa yang terbaik untukmu.
--> Banyak benda yang aku belajar dalam kem. Especially dalam modul2 yang sangat bosan dalam kelas tu. Dalam kelas memang bosan lah. Tapi kalau aku baca sendiri buku yang diberi tu aku dapat brainwash kepala aku banyak2.
Doaku: Ya Allah, luluskanlah permohonan ku untuk SPC Trial MARA
Mungkin kata Allah: Aku simpankan sesuatu yang lebih baik buatmu
--> Ye, benda yang Allah simpankan itu adalah minat sebenarku itu. Dia gantikan doaku itu dengan sesuatu yang lebih baik, iaitu kos yang aku ambil sekarang ini.
Doaku: Ya Allah, kau berikanlah aku semua A dalam SPM
Mungkin kata Allah: Sesungguhnya kau akan dapat yang terbaik untuk dirimu.
--> Mungkin kalau aku dapat semua A aku x akan nampak dan terfikir nak sambung pengajian dalam bidang yang aku betul2 minat, walaupun ramai orang rasa bidang tu senang dan tak sehebat engineering dan medic.

Akhirnya doaku termakbul. Alhamdulillah.

7 Komen:

fitri razak berkata...

kisah awak sama gila ngan saya.. saya dpt 6A je and ada 1c utk trial, so x dpt mohon spc.. plkn pun sy pergi.. tp tgh tunggu result spm 2012.. doakan sy ye.. btw, from MRSM mana? :)

dzureen berkata...

Hi, saya dulu PLKN kat Alor Gajah :p n saya MRSM Batu Pahat. All the best for your SPM result ;)

amenina timida berkata...

thanks atas perkongsian .saye pun tengah tunggu result spm 2012 (21 mac ni). saye jadi lebih bersedia nak terima ape2 keputusan yang Allah daH tetapkan untuk saya. TQ

dzureen berkata...

Alhamdulillah, semoga awak mendapat keputusan yang bagus. Share2 lah keputusan awak tu ;)

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini. Menjadi persediaan untuk saya sekiranya tak dapat straight A untuk SPM.

10 TIPS Merangsang Kehamilan

iqie torres berkata...

salam. sy pun dari mrsm..tak mintak spc pun..and esok,result spm akan keluar. thanks atas pengalaman awk yg mngurangkan stress sy nie :D

iqie torres berkata...

:D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*