Khazanah Scholarship 2012

Tahun lepas aku ada pergi pemilihan Khazanah Scholarship 2012 ni. Aku cuma lepas 2 stage saja. Total number of stages adalah 4. Memang aku akui, susah nak dapat Khazanah ni. Dia tidak menyediakan sejumlah kuota untuk dipilih. Dia cuma akan pilih sesiapa yang dia rasa layak. Kalau x ada yang layak maka tahun tu mungkin dia tak ambil sesiapa pun untuk biasiswa tu.

Tujuan aku menulis hanyalah untuk menceritakan pengalaman aku. Mungkin kalau bukan untuk orang lain pun, tapi untuk diri aku sendiri. Ini kerana dari masa ke masa ingatan kita mungkin akan mula terlupa kepada memori2 yang sudah lama terutamanya bila kita dah tua.

Maka pada umur aku 60-70 tahun itu nanti, kalau panjang umur. Masih ada lagi kenangan yang boleh dibaca sambil tersenyum seorang diri. Kalau tak ditulis begini mungkin tak ingat lah sampai bila2 kan.

Masa aku nak mohon dulu aku pergi ke mana web yayasankhazanah.com dan mohon secara online. Masa mohon tu kena buat satu esei panjang lebar sikit. Entah macam mana boleh terlepas pulak untuk stage pertama so aku pergi lah.



Stage pertama tu cuma macam IQ test saja. Ada total of 5 papers. Soalan2 tu rasanya xboleh nak buat ulangkaji pun sebab semua tu bukan nya nak kena menghafal ke apa ke. Mungkin yang boleh buat revision cuma matematik lah kot.

Stage kedua pula memakan masa 1 hari yang memuatkan pelbagai aktiviti dalam kumpulan dan individu. Dari perbincangan dalam bentuk kompani, bekerja dalam tekanan, perbincangan pendapat, dan temuduga. Memang sangat2 penat. Tapi best lah sebab dijamu dengan makanan je memanjang.

Walaupun aku tak dapat melepasi stage yang kedua, walaupun aku tak mendapat biasiswa itu, tapi ada juga sesuatu yang besar aku pelajari dalam bengkel itu. Selain menguji kami, ada juga talk2 kecil yang diberi untuk mengasah softskill kami sebagai bekalan pada masa akan datang.

Nasihat aku kepada sesiapa yang mungkin akan pergi untuk tahun ini, expect the unexpected. Tak ada masa nak terkejut pada hari kejadian tu.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*