Kos Akaun

Selepas SPM, mula2, aku dapat Matriks kat Perlis untuk program Akaun. Aku looking forward nak pergi sebab dengarnya yang dekat Perlis tu memang terkenal dengan kos akaun. Tapi mak memang letak Matriks sebagai pilihan yang akhir2.

Lepas tu aku hampir pergi ke UPM untuk Asasi Pertanian. Masa tu terfikir nak jadi Vet. Tapi sungguh jauh dari minat yang ingin diceburi. Cuma yakin dengan keinginan membantu haiwan sahaja. Terfikir untuk berlaku ihsan kepada makhluk yang tidak dapat mengubati sendiri dirinya.

Tapi sehari sebelum bertolak ke UPM baru dapat kos Akaun di Curtin. Maka serta merta lah aku mematikan hasrat untuk ke UPM. Aku teringin juga nak pergi ke Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya aku ada dalam 4 tahun untuk ke merata tempat di sana dan nampak worth it sebab sambill2 belajar di sana.

sumber gambar: Google Image

Tapi aku agak terkilan sesetengah manusia yang mempertikaikan kenapa aku tak ambil Medic atau Engineering. Soalan2 macam tu seolah2 merendah2kan kos yang aku ambil sekarang ini. Sedangkan di Amerika Syarikat, option utama student yang cemerlang adalah business.

Mungkin bila aku keluar nanti aku tak lah diberi gelaran Dr. ataupun Ir. tapi sekurang2nya aku bahagia dengan apa yang aku buat. Apa guna aku ambil Engineer misalnya tapi hati tak ada. Silap2 belajar 5-6 tahun tapi kerja 2 tahun je sebab tak minat.

p/s: Time2 macam ni lah aku teringat pesanan yang selalu aku dengar, jangan dengar sangat cakap orang.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*