Maulidurrasul


Seminggu sebelum Maulidurrasul, aku terjumpa slogan untuk tahun ini di papan tanda tepi jalan. Wasatiyyah : Tonggak kesatuan ummah. Aku tertanya-tanya apa maksud watiyyah. Ini apa yang aku junpa dalam risalah yang dikeluarkan khas sempena Maulidurrasul.

“Ummatan wasatan bermakna umat pilihan lagi adil dan juga bermakna umat yang pertengahan iaitu pertengahan segala pembawaannya, tidak melampaui dan tidak keterlaluan di dalam sebarang menganut kepercayaannya demikian juga akhlak dan amalannya, segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah, sama-sama dipandang dan dipelajari serta diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Tiap-tiap orang yang berdiri di tengah-tengah dengan mengambil tahu secara mendalam dan memandang berat kepada perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, maka pertimbangannya serta  pengetahuannya mengenai baik buruknya perkara-perkara itu adalah adil, benar dan sah. Dengan sedemikian layaklah ia memberi keterangan kepada orang-orang yang keadaannya tidak seperti dia.” (pentafsiran Tafsir Pimpinan al-Rahman, Jabatan Perdana Menteri dicatat dari Risalah Khas Maal Hijrah 1434)

Kepada semua Umat Islam, selamat menyambut Maulidurrasul.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*