Sarawak

Masa aku mula2 decide nak mohon Curtin Sarawak dulu, dalam rasa teruja ada sedikit rasa risau. Rasa macam aku ni nanti tak duduk setanah dengan keluarga. Macam tak best je. Lagi2 bila fikir aku duduk sana nanti bukan sebulan dua, tapi bertahun2.

Sebenarnya, faktor pertama aku membuat pilihan Curtin Sarawak adalah kerana itu adalah keputusan Mak. Bukan sebab terpaksa ke apa ke. Tapi aku percaya biasanya seorang ibu lebih tahu keperluan anak2nya. Aku x de lah sedih pun masa mula2 pergi.

Aku optimis je pergi tu. Tapi lepas duduk sana setengah tahun aku rasa pilihan yang dah dibuat ni adalah pilihan yang baik. Betul kata mak, kalau aku belajar near to KL banyak sangat distraction. Untuk tujuan belajar, Miri adalah antara yang bagus.

Aku rasa tak salah orang nak tanya kenapa aku belajar di Sarawak. Tapi janganlah mempertikaikan atau memperlekehkan aku hanya kerana aku belajar di Sarawak atas alasan jauh. Seolah-olah mereka lebih tahu apa yang terbaik untukku.

Kenapa aku marah sangat kalau orang merendah2kan statement aku belajar di Sarawak? Sebab aku sangat bangga dan menghargai pilihan mak yang melahirkan aku tu. Bila mereka mempertikaikan pilihan mak, anak mana yang tak terasa? Kan...

Conclusion nya : I love my Mum. hehe

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*