10 Februari sudah kurang keindahan

Sambungan. Bila Atikah pulang, aku telefon Abah. Minta Abah ambil aku pulang. Abah kata dia sibuk sedikit. Terus aku sambung cuci mata dari kedai ke kedai. Aku terserempak dengan satu kedai cenderamata. Aku masuk. Fikir aku, aku nak tengok sekejap saja. Tiba2 aku ternampak satu buku tulis yang sangat comel. Terus aku fikir nak beli buku tu tapi aku mengalami kerambangan mata. Tak tahu nak pilih antara dua.

Datang owner kedai, mengemas2 barang yang berselerak. Semasa aku sampai barang2 memang sudah lama bersepah. Dia mengomel. "Pilih pilih tapi tak beli pun". Aku kecil hati. Aku rasa dia menyindir aku. Sedangkan aku memang nak beli buku tu. Namun aku fikir, mungkin bermonolog pada diri sendiri saja. Aku diam.

Dia dekati aku dan mengambil buku2 yang aku sedang pilih. "Ini mau beli kah?" tanya garang. Aku terkejut. Lebih terkejut lagi sebab aku masih pening fikir mana yang nak dipilih. Kata aku, aku sedang memilih. Terus dia letak semula buku2 itu di tempatnya. Seolah2 menghalau aku.

Katanya, "sudah angkat, letak balik tempat nya. you dulu ada sekolah kan?" herdiknya. Aku tersentak. Di minda aku terus translate ayatnya seolah2 mengatakan perangai aku seteruk orang yang tidak berpelajaran. Aku tidak marah, tapi aku sedih.

Bila dia pergi, aku tengok2 seketika barang2 di kedai tu sebelum keluar dari kedai. Hati aku sudah tawar untuk membeli buku yang comel itu. Mungkin owner kedai terganggu emosinya kerana terpaksa bekerja semasa Public Holiday. Aku terpaksa optimis.

Aku pulang ke rumah, kaki aku terseliuh. Tapi tak sesakit herdikan lelaki tadi. Semasa merawat kaki yang sakit, terus aku membuat pedicure. Cuba menenangkan diri dengan terapi selepas dimarahi lelaki tadi. Seharian aku tidak dapat tidur mengenangkan kejadian yang berlaku sekelip mata itu.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*