10 Februari yang indah

Ahad 10.02
Hari ini aku duduk di rumah saja. Bangun lambat di pagi hari dengan penuh kemalasan. Jam 1 tengah hari, Atikah, rakan satu sekolah dulu telefon. Mengajak aku keluar ke bandar. Aku setuju. Jam 2 petang, selepas Zohor aku tiba di BPMall. Sekali gus melarikan diri daripada melepak di rumah nenek bersama sepupu2. Bukan aku tak mahu, tapi jarak umur kami menyebabkan aku rasa janggal untuk melepak2. Mana lah aku mahu menonton cerita kartun bersama mereka sepanjang hari. Tapi hubungan kami rapat sebenarnya.

Setibanya di BPMall, aku singgah membayar bil Maxis aku sebelum mencari Atikah di kedai buku Popular. Di tangannya sudah penuh dengan alat tulis yang berwarna warni. Bercerita kepada aku mahu menebus baucar bukunya. Terus aku terfikir bila aku akan dapat baucar tersebut? Sudah penuh tangan dengan alat tulis, diambil pula bakul shopping kerana sudah tidak cukup tangan.

Aku terserempak dengan seorang junior dan terus berbual sampai terlupakan Atikah yang sedang sibuk shopping. Bila junior tinggalkan aku, terus aku cari Atikah dan suruh dia tanya di cashier tentang baucar kerana seingat aku tak boleh beli alat tulis SAHAJA. Selepas mendapatkan kepastian, Atikah letak semula semua barang dan keluar tanpa membeli sebarang produk.

Kami berjalan dan pergi ke food court. Sambil makan kami bercerita. Aku lebih memfokuskan diri aku kepada makanan sambil mendengar sahaja semua cerita Atikah. Lama aku tak dengar keletah beliau. Puas makan, kami berjalan lagi mendapatkan ibu Atikah yang sedang window shopping bersama menantunya. Lepas tu, aku dengan Atikah pula yang window shopping dan akhirnya Atikah balik bersama ibunya. Cerita tidak berakhir begitu sahaja.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*