5 PERKARA: Manfaatkan Cuti Sem

Pada November yang lepas, aku mula bercuti sehinggalah bulan Mac nanti. Aku rasa gembira sebab bukan selalu aku dapat jumpa keluarga. Tapi bila difikir-fikirkan, macam lama sangat cuti tu. Jadi untuk mengelakkan pembaziran masa, aku berfikir apa aku nak buat sepanjang cuti sejak bulan September lagi. Haha. Ada 5 perkara yang aku buat sepanjang cuti untuk memastikan cuti yang amat panjang ini dimanfaatkan sebaiknya.

#1: Menyiapkan nota kuliah peribadi
Aku mengambil teladan dari apa yang telah berlaku kepada aku sebelum ini. Aku mengulangkaji dengan tidak teratur. Jadi aku telah fikirkan elok2 apa yang patut aku buat. Jadi aku siapkan nota kuliah peribadi aku. Bermula dengan mengumpul nota, menaip nota, mengemaskan nota, mencetak nota dan membukukan nota2 sebagai satu langkah menaikkan semangat untuk belajar kelak.

#2: Membantu nenek di warungnya
Dalam mencari-cari kerja, nenek aku menghubungi aku untuk bekerja dengannya. Sebelum ini ada juga aku berfikir nak menolong nenek tapi ada beberapa aral yang melintang. Akhirnya aku bekerja dengan nenek aku, ada lah dalam 2-3 bulan agaknya nanti. Bukan kerja suka2, ada gajinya juga. Ha itu yang menaikkan semangat dan menampakkan aktiviti aku bermanfaat sikit.

#3: Ikut Curtin Marketting Staff
Kadang2. Aku ulang, kadang2.Kadang2 aku ikut marketting staff kalau mereka ada di KL. Semua ini bermula bila mereka tawarkan kepada aku untuk sertai satu pameran IPT di KLCC pada hujung tahun, tahun lepas. Lepas2 tu, bila mereka ajak lagi, kalau aku ada masa aku ikut walaupun secara sukarela saja. Tak ada allowance ke apa ke. Sebab aku pun memang takda apa sangat yang nak dibuat kan.

#4: Membantu sepupu dalam pelajaran
Selain tu, aku juga ada membantu seorang sepupu aku yang dalam Tingkatan 4 dalam pelajarannya. Apa salahnya kan bagi tusyen percuma kat sedara sendiri. Orang kata kalau kita bagi masa kat orang, masa kita akan tetap 24 jam sehari. Kalau kita bagi duit kat orang, duit kita akan berkurang. Tapi kalau kita bagi ilmu kat orang, ilmu kita akan bertambah in shaa Allah.

#5: Blogging
Dan akhir sekali aku menggantikan percakapan aku yang terlampau dalam bentuk penulisan blog. Bukannya ada orang nak dengar pun aku bercakap sorang2 jadi aku menulis. Lagi pun aku memang nak mengurangkan mulut aku ni bercakap. Tak elok pula kalau perempuan banyak cakap. Takut jadi fitnah. Bukan aku yang kata, aku dengar orang lain kata,

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*