Aku bukan prejudis, bias mahupun racist.


Jumaat 15.02

Hari ini aku menjadi trauma kepada lelaki berbangsa Cina. Aku tidak racist. Aku tidak bias. Aku juga tidak prejudis. Aku cuma trauma. Selepas kejadian aku diherdik di BPMall, hari ini sekali lagi aku dimarahi oleh seorang lelaki di warung nenek aku.

Selepas aku mengambil wang dari seorang pelanggan lelaki, aku mengambil wang kecil untuk mengembalikan wang dia. Sementara itu, seorang pelanggan lain memesan minuman kepada aku jadi aku segera menyampaikan pesanan kepada orang yang buat air.

Bila aku kembali mengira wang untuk dikembalikan, lelaki itu datang dan berdehem berdekatan aku. Aku segera mengambil wang dan sementara itu dia mengherdik aku, "lima tujuh" katanya memberitahu berapa bil dia tadi. Aku katakan, "ye encik, sebentar ye" sambil mencari beberapa keping lagi duit seringgit dan duit syiling.

Dia herdik lagi dengan marah-marah "baki ampat tiga" katanya. Saat itu aku dah rasa macam dia sengaja meninggi suara supaya orang fikir aku ini bodoh sangat sampai tak pandai bakikan duit. Dia bukan tahu pun duit dalam bekas wang ni banyak. Nak cari exact value ambil masa. Pelanggan lain boleh saja bersabar sedikit. Bukan lama sangat.

Kata seorang pembantu nenek aku, lelaki itu memang begitu. Aku akur. Sangka aku, mungkin aku memang sangat lambat. Mungkin juga dia cuma mahu mebantu aku sahaja. Mungkin niat dia baik sebenarnya. Tapi nenek aku pula kata, dia sebenarnya selalu mabuk.

Nah, baru aku faham. Minuman keras sememangnya merosakkan otak. Mungkin kerana itu dia bersikap amat panas baran sedemikian rupa. Mujur saja dia tidak memukul aku. Ragam manusia.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*