Bertemu Pelajar Baru

Masa aku pergi berjumpa dengan pelajar baru yang bakal mendaftar ke Curtin tempoh hari, aku bercadang untuk memakai baju kurung. Aku jarang sekali berbaju kurung sebenarnya tapi tergerak hati untuk berbuat sedemikian. Pada asalnya aku rasa macam orang kampung baru masuk bandar je dengan pakaian sedemikian.

Bila aku sampai ke lokasi, aku tak tahu nak buat apa. Nak borak dengan orang pun takut. Mana tak nya, didudukkan sebari dengan pensyarah yang aku masih belum kenal. Silap bertanya nanti macam2 pula yang jadi. Jadi aku berfacebook dan bertwitter sementara menunggu ucapan habis.

Lepas tu baru lah aku perasan yang kehadirah pelajar semasa masa tu cuma 3 orang dan kebetulan pula yang lagi 2 tu orang Cina dan India. Rasa macam 1 Malaysia pula. Aku mula hilang kerisauan dengan berpakaian sedemikian sebab aku rasa Melayu sangat diri ni. Haha ada ke?

Masa taklimat tu aku rasa aku lebih banyak mendengar dari berkata2 sebab aku masih lagi foundation sedangkan kebanyakan pelajar baru tu budak degree. Tak ramai budak foundation mendaftar sebab keputusan SPM belum keluar lagi. Aku cuma terserempak dengan seorang saja budak foundation.

Tak kisah lah, yang penting aku dapat mengisi cuti panjang dengan aktiviti2 yang aku suka.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*