DUIT DUIT DUIT

Sebenarnya bila kita terlalu memikir masalah kewangan, itu duniawi. Aku baru perasan perkara ini semasa terbaca satu kenyataan rakan di Twitter.

No 1 - DULU AKU SANGKA DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA
Duit ini keperluan untuk hidup. Zaman sekarang ini duit sangat penting. Ya aku akui aku pernah percaya yang money is everything. Aku percaya yang duit lah segala-galanya. Tapi sekarang baru aku sedar. Sebenarnya duit bukan segalanya. Rezeki kalau nak datang, dia akan datang. Yang penting aku usaha. Masalahnya ialah apabila kita berfikir sangat2.

No 2 - DULU AKU MUDAH RISAU FIKIRKAN WANG
Yes memang betul aku kalau fikir masalah kewangan aku akan jadi pendiam. Aku tak sedar. Duit ni tak kira banyak atau sikit, dia akan tetap cukup dengan 2 syarat. Yang pertam bersyukur, yang kedua bijak mengurus. Ada je tukang kasut yang berjaya membiayai sendiri pengajian semua anaknya sehingga ke menara gading. Dan ada juga jutawan yang jatuh bankrup.

No 3 - RASA MACAM NAK GILA FIKIR DUIT
Aku dah nampak ramai orang yang gila, kalau tak gila pun, sakit jiwa hanya kerana duit. Dulu aku sangka itu sebab dia sakit jiwa, itu sebab dia gila. Aku sangka DIA TERLALU MEMIKIRKAN WANG SEBAB DIA GILA tapi sebaliknya DIA GILA SEBAB WANG. Ada bezanya antara dua tu. Terlaku memikirkan duniawi akan menyebabkan kita lupa diri.

No 4 - DULU AKU SANGKA DUNIAWI NI PERMAINAN DUNIA UNTUK ORANG KAYA
Terlalu memikirkan duniawi adalah hasutan syaitan yang bukan sahaja kepada orang kaya. Orang kaya akan digelapkan dengan kekayaan. Mengejar dunia, mengejar harta sampai lupa nak sembahyang, duit banyak tapi tak pergi haji. Orang miskin pula, kalau dia tak terhasut dengan duniawi, dia akan redha dan tak akan susah hati dengan maslaah kewangan sebab dia tahu Allah ada di sisinya.

Ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan aku dengan semua ini.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*