Gigi Geraham

Gray997.pngGambar dipinjam dari Wikipedia.

06.02 yang lepas aku pergi ke Klinik Gigi untuk buat satu pemeriksaan gigi biasa dan membuat scaling. Scaling memang sakit dan ngilu sangat2 lah kan tapi aku dah terbiasa dari kecil dipaksa scaling oleh doktor sebab aku kuat makan gula2. Walaupun gigi aku dikatakan bersih tapi aku request scaling juga sebab masa aku gosok gigi jarang sekali aku memberus belakang gigi.

Sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang ingin aku tanyakan kepada mereka tentang gigi aku. Merujuk kepada gambar di atas, orang dewasa sepatutnya ada 2 geraham kecil (premolar) dan 3 geraham besar (molars). Sejak aku tingkatan 1, geraham besar yang kedua tu dah mula nak keluar tapi tak terkeluar juga. Aku sering diserang sakit gigi, barangkali gigi tu nak keluar tapi mulut aku kecil sangat kot.

Kalau yang kedua pun tak muat lagi, macam mana yang ke 3 nak keluar? Doktor gigi tu menasihati aku untuk buat temujanji untuk x-ray gigi sebelum de decide sama ada nak tarik gusi tu supaya gigi tu keluar atau cabut gigi tu. :o cabut?!! Itu sangat menakutkan. Doktor tu juga nasihatkan aku untuk buat semua tu dekat Miri je sebab benda ni akan ambil masa yang sangat lama.

Aku masih belum dapat membuat keputusan. Sanggup ke aku cabut gigi ni? huuhu.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*