Kehilangan beg duit

Isnin 11.02

Hari isnin. Bila aku bangun saja Mak dan Abah dah tak ada kat rumah. Pergi beli barangan untuk persiapan malam nanti. Aku duduk-duduk di rumah saja sambil online. Sempat juga aku memuat turun sebuah cerita bertajuk Juvana.

Tak lama lepas tu Mak dan Abah pun balik. Lepas aku habis tengok cerita Juvana tu baru lah aku turun dan tolong mak aku. Bukan tolong apa pun. Tolong tengok saja. Belajar masak. Malam itu kami semua ke rumah nenek jam 6 petang.

Selepas maghrib baru aku keluar mencari ahli keluarga yang sedang sibuk membuat persiapan. Malam itu kami semua berborak dengan semua orang. Bukan selalu kami dapat berjumpa semua sekali macam ini. Masing2 meluahkan masalah masing-masing dan yang lain pula memberi idea dan pendapat itu dan ini.

Selasa 12.02

Malam semalam aku tidur jam 3 pagi. Sedangkan esok aku bekerja. Pagi itu bila aku bangun aku segera menyiapkan diri dan beg yang dikemas untuk dibawa ke rumah nenek. Dah macam orang nak lari rumah pula. Abah hantarkan aku ke warung nenek aku.

Rabu 13.02

Malam semalam baru aku sedar yang aku kehilangan beg duit. Selepas dicari oleh adik dan Mak, mereka telefon aku untuk memberitahu aku yang beg duit aku tertinggal di rumah. Selepas mereka jumpa baru aku tidur.

Maka esok pagi nya aku berasa amat ngantuk. Di warung selepas membuat kerja2 sebelum open business, aku tidur sebentar. Nenek mengesyaki aku tidak sihat dan terus mencari seorang lagi pekerja baru. Kak Ana namanya. 

Khamis 14.02

Kak Ana menarik diri dari bekerja di situ dan digantikan oleh adiknya, Kak Laila. Nampaknya nenek aku sudah merancang masa depannya bila aku sudah kembali ke Miri nanti. Dia menceritakan semua itu kepada aku. Balik dari warung, aku dan nenek makan durian.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*