Plan of the Week 03.02 - 09.02

03.02 (Ahad)
Aku bercadang untuk travel balik ke hometown. Tapi kena tengok keadaan juga. Kalau tiket habis memandangkan Raya Cina dah dekat, aku kena tukar ke Plan B: Tumpang Aunty. Seelok-eloknya aku nak balik awal kerana banyak benda aku boleh buat kalau aku balik awal. Apa2 pun aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

06.02 (Rabu)
Untuk hari Rabu, aku merancang untuk ikut nenek aku ke Klinik Kesihatan. Sementara nenek aku buat check up macam biasa, aku pula nak ke bahagian Klinik Gigi untuk buat scaling yang memang biasa aku buat setiap tahun. Kalau sempat lagi boleh lah aku pergi ke bahagian Kesihatan untuk check up saja gedik2. Kesihatan ni nikmat yang Allah pinjamkan so kena lah jaga elok2.

08.02 (Jumaat)
Hari Jumaat pula aku rasa nak temankan adik aku balik rumah dari bustand sebab dia kena ambil beberapa bas sebelum sampai ke rumah. Mungkin sekali dua aku temankan lepas tu boleh lah dia berdikari. Aku pun bukannya lama ada kat rumah ni. Kalau nak minta mak ayah aku yang teman memang lah mereka tak sempat. Penting nak ajar dia sebab dia akan ulang alik selama 5 tahun.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*