Bunyi gitar

Abah ada satu gitar. Genap setahun aku belajar gitar ni. Tapi, ada satu perkara yang membuatkan aku musykil tentang gitar ini. Semuanya bermula dengan satu cerita yang dianggap kebetulan dan seterusnya disokong pula dengan satu lagi cerita yang menjadikan perkara ini lebih membingungkan.

Cerita 1

Pada malam itu, Mak tidur di bilik aku. Masa tu aku di rumah nenek dan gitar pula ditinggalkan di rumah. Mak saja nak tidur di bilik itu bersama adik aku. Keesokan harinya Mak memberitahu Abah gitar berbunyi sendiri malam tadi. Abah menafikan perkara tersebut dan berkata mungkin cicak jatuh atas gitar.

Masalahnya, kalau cicak jatuh atas gitar, mesti keenam-enam tali gitar tu akan berbunyi tapi malam itu cuma satu tali saja berbunyi bagai dipetik dengan satu jari.

Cerita 2

Nenek nak sangat dengar aku bermain gitar jadi aku bawa gitar ke rumah nenek. Bermain gitar di pondok nenek yang baru dibina. Sehinggalah pada suatu malam, aku hampir terlelap dan tiba2 nenek masuk ke bilik tidur dan bertanya tadi aku ada keluar bermain gitar kah?

Terus aku teringatkan cerita yang berlaku pada mak tapi berlagak tenang berkata kepada nenek mungkin gitar dilanggar langsir atau tergelincir sedikit. Tidak pula aku bertanya bagaimana bunyi gitar itu, adakah semua tali berbunyi atau hanya satu tali sahaja?

Sampai ke hari ini aku masih main gitar tu tapi kadang2 terfikir juga kenapa perkara2 pelik tu berlaku.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*