Cubalah hidup beretika

Ada satu petang tu, masa aku nak ambil order makan satu keluarga ni, mereka semua order air saja dan kata mereka dah order makan. Aku pelik juga kerana pada masa itu cuma aku seorang saja yang ambil order. Jadi aku sekali lagi datang untuk tanya tadi dia order ape tapi mereka ni punya sombong dengan aku tak nak bagi tahu aku apa diorang makan.Tapi aku fikir mungkin dia dah beritahu nenek. Aku diam je lah.

Geram betul aku orang bajet kaya nak makan gerai tepi jalan macam ni je tapi berlagak macam tengah makan kat restoran 5 bintang. Apa lah salahnya bagi tahu je lah aku ni apa yang diorang order dengan nenek aku tadi. Sebab memang lah nenek aku yang masak tapi yang hantar makan tu aku. Macam mana aku nak hantar makanan kat diorang kalau aku tak tahu apa makanan diorang kan?

Tunggu punya tunggu, orang tu punya makanan tak sampai juga. Memang masalah lah kalau diorang sombong sangat dengan aku kan. Sampai nenek aku tanya aku, mereka tu nak makan apa? Rupanya nenek aku pun xtahu apa diorang nak makan. Kata aku, mereka taknak bagitahu aku apa yang dia order kat nenek. Bila nenek yang bertanya barulah dia cakap yang dia ada kol tadi order sebelum datang.

Haa sekali tengok dah sejuk dah makanan kau yang dah lama nenek aku siapkan. Tu lah sombong sangat. Cuba kalau kau bagi tahu je aku kan senang. Hidup ni cuba lah jangan nak menyusahkan orang. Kalau kau senangkan orang, orang pun akan senangkan kau jugak. Tolonglah hidup tu jadi orang yang berguna dan disenangi orang ramai.

Cuba tengok situasi ni

#1 situasi sebenar
selepas order minuman
Aku: Makan?
Pelanggan: Makan dah order
Aku: Tadi order apa?
Pelanggan: Dia tahu (sambil tunjuk nenek)

#2 situasi lebih baik
selepas order minuman
Aku Makan?
Pelanggan: Tadi dah order dah. Saya kol sebelum datang tadi. Saya order 5 mi.
Aku : Okay, nanti saya cek.

Kalau ikut situasi 2 tu, senang kerja aku, diorang pun dapat makan cepat kan? Kenapa lah susah sangat nak berhemah. Bukan kena bayar pun kalau order dua kali.

2 Komen:

Nastyna berkata...

Exactly... apa salahnya kalau ulang order lagi sekali kan. even hotel lima bintang sekali pun, jangan expect orang nak jaga mereka sahaja stiap masa. heh

dzureen berkata...

Agree :) luckily dah berhenti kerja

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*