Kita mendekati sempurna

Hmm, masa aku nak fly balik ke Miri hari tu, banyak betul dugaan menimpa aku. Banyak sangat. Dari last minute changes of the flight, beg yang oerweight dan ketinggalan barang2 yang amat penting. Benda ni semua buat aku rasa tak ada semangat nak start new semester. Aku rasa macam nak semua perfect baru lah aku boleh buat kerja dengan happy.

Bila aku stress, aku cuma mampu mendiamkan diri dan berfikir dalam2 tanpa penyelesaian. Kadangkala aku akan makan dengan bayak tanpa aku sedar tapi itu tak merisaukan aku kerana setakat ini aku belum pernah gemuk sebab stress, alhamdulillah.

Tapi tu lah, bila aku fikir2 balik mana ada orang sempurna kan. Kalau kita tak dapat perfect mcm yang kita nak, kita patut optimis mengusahakan diri kita untuk menampal semua kekurangan tu. Walaupun tak jadi perfect, tapi mendekati perfect. Betul lah, aku tak sepatutnya jadi lemah semangat hanya kerana serab sikit kekurangan yang sipi2 je. 

Hmm, kalau lah ada orang yang boleh aku selalu mengadu cerita dan perasaan aku dan orang tu boleh nasihat aku benda2 macam ni, mesti best. Tapi tu kalau je bukan betul2 pun.

Dulu pernah juga aku, masa ada masalah banyak sangat dan aku stress dan mendiamkan diri. Masa tu kat asrama. Suddenly one day tu Abah datang melawat dan aku tanpa sebab berkata apa-apa atau bersalaman, air mata aku jatuh banjir habis satu kereta, Lama gila aku menangis.

Tapi lepas je aku nangis banyak2 tu, aku terus rasa ok. Padahal aku tak cerita satu apa pun lagi kat Abah. Bila Abah suruh cerita, aku c dapat nak cerita. Setakat ni, Mak n Abah lah bahu yang mampu buat aku jatuhkan air mata menggila-gila. Walaupun macam sembab muka nanti tapi aku bila teringat balik, mesti aku rindu kat mereka.

Waaaa rindu Mak Abah :)

6 Komen:

Haryati Faizal berkata...

kdg2 dgn menangis tu kita boleh mengurangkan sket stress yg ada... bykkan mengaji tuk tenangkan fikiran...

nik ros berkata...

sabar yea.moga semua di permudahkan.menangis tak pe. blh hilang tekanan walaupun tak dapat selesaikan masalah.at least kita lega

Nastyna berkata...

huhuhu tumpang bahu sat. eh terbalik. relaks, tenangkan fikiran, tarik nafas, hembus hingus. ok.
mak ayah mmg tempat terbaik untuk meluah perasaan kita sebab dorang tak judge, and dorang la yg kenal hati budi perut usus kita sejak kecil. U lucky u :D:D

dzureen berkata...

Thank you for reminding that :')

dzureen berkata...

Thanks kak Nik, saya rasa masalah sy kecil je tapi emo lebih, hehe

dzureen berkata...

Alhamdulillah, masih berpeluang merasa nikmat kasih syg ibu bapa hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*