Ku sangka beliau ke Lahad Datu

Dulu aku pernah mengikuti satu program yang telah membuatkan aku mengenali siapakah Vat69. Beberapa orang komando Vat69 ni telah dikenalkan kepada kami. Jadi dalam banyak2 komando tu, ada aku kenal seorang kerana dia in charge beri talk kepada kumpulan kami.

Kami memanggil beliau Abah. Sebelum mereka berangkat pulang, Abah yang in charge kumpulan aku sempat meninggalkan no telefon dan meminta kami keep in touch. Kadang kala aku keep in touch juga dengan beliau.

Sebelum ini aku tidak pernah dengar tentang Vat69. Selepas program tu baru lah satu hari mereka dijournalkan dalam Astro.Selain dari itu, cuma dalam program je lah kenal. Abah kami ini sangat sering bertanyakan khabar dan pelajaran.

Selalu dia berutus kad raya kepada aku dan kalau dia bertemu dengan budak sekolah aku, dia selalu tanya sama ada aku mahu apa2 cenderahati dari dia atau tidak. Katanya mahu mengirimkan cenderamata itu melalui budak sekolah aku.

Lama aku lost contact dengan beliau sampai satu hari mak kata komando Vat69 mati terkena serangan mortar penceroboh Sulu di Lahad Datu. Menggelabah aku mencari nama orang yang terkorban. Terkejut juga aku kerana berlaku pertumpahan darah di Sabah.

Sedih juga aku melihatkan yang terkorban itu, masih mempunyai anak kecil. Namun aku juga bersyukur kerana Abah bukan orang yang terlibat. Malah dia menjawab panggilan telefon aku dengan gembira. Dia tidak pergi pun ke Lahad Datu rupanya.

Pada usia yang semakin meningkat, aku berharap Abah sentiasa di sisi keluarganya sahaja dengan penuh bahagia.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*