Manisnya kamu

PistHalva.jpg
Gambar dipinjam daripada Wikipedia

Halwa Tahiniya - manisan kegemaran saya. Sejak bila? Tak tahu lah. Halwa ni, yang pernah saya rasa berasal dari kacang yang nama pistachios atau juga dikenali sebagai kacang pandai. Tapi aku tak boleh nak makan benda ni banyak sangat, nanti aku demam. Tak tahu lah ye kenapa mungkin sebab manis sangat.

Ni kali pertama dan kali terakhir aku beli halwa packing yang kecil. Ni juga kali pertama dan terakhir aku beli halwa tanpa taburan kacang-kacang pistachios kasar. Kali kedua aku membeli dan seterusnya, aku mesti grab packing yang besar dan yang ada taburan pistachios kasar seperti dalam gambar wikipedia yang aku cilok pinjam tu. Tak sempat nak ambil gambar, tiba2 dah habis :)

Sebenarnya aku dah lama kenal dengan manisan ni tapi aku tak teringin nak rasa. Aku selalu sangat jumpa sebab mak dan keluarga belah atok belah mak, yang berketurunan Arab memang menggila-gilakan benda ini. Kalau mereka balik dari Mekah, confirm mereka cari benda ni.

Kalau dulu susah nak jumpa benda ni. Kalau tak tunggu orang bawa dari Mekah, tunggu lah orang bawa dari Singapura, tak pun pergilah ke KLCC. Tapi kini di hometown aku ada satu kedai yang memborong barang-barang dari negara2 Arab dan Timr Tengah jadi for sure ada jual benda ini, Kalau boleh, balik Miri nanti pun nak bawa benda ini.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*