Mulanya berminat

Cerita bersambung lagi. Hari ini aku sekali lagi nak sambung cerita. Hari ini aku nak cerita pula dari mana datangnya minat aku nak bermain gitar walaupun teruk gila kesumbangannya.

Fakta #1


Aku pernah baca buku Dr. Tuah Iskandar al-Haj. Buku tu bertajuk Membina Imaginasi Cemerlang. Dalam buku ini ada menyarankan kita untuk mengaktifkan kedua-dua belah otak kita. Memandangkan aku belajar Accounting and Finance, aku lebih terdorong untuk menggunakan otak kiri yang lebih kata logik.

Jadi aku selalu berfikir macam mana aku nak gerakkan otak kanan. Antara perkara yang aku buat, aku gosok baju pakai tangan kiri. Tapi itu tak cukup. Jadi antara perkara lain yang aku cadang nak buat ialah melukis atau bermain alat musik. Jadi aku akhirnya bermain lah gitar ini dengan tujuan menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri aku.

Fakta #2

 

Dulu2 abah bermain drum dengan satu band kecil-kecilan. Dari zaman dia bujang sampailah zaman dia dah ada anak, aku lah anaknya tu. Dulu2 aku selalu ikut abah jamming dan aku paling suka bila guitaris dia bagi aku guitar picker sebab guitar picker ni ada banyak bentuk dan warna.

Aku suka sangat mengumpul guitar picks ni jadi kena lah main gitar kan? Kalau tak guitar picks tu tak ada kerja pula menganggur je. Ditambahkan lagi dengan kewujudan gitar yang Abah beli tu bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal. Mana mungkin aku lepaskan peluang mencuba belajar main gitar.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*