Optimis

Apa yang bakal berlaku pada aku pada bulan March?

  • Aku bakal berhenti kerja
  • Aku bakal sambung sem kedua
  • Aku bakal meninggalkan keluarga lagi untuk cari ilmu


Tinggal kurang dari sebulan untuk aku meluangkan masa bersama keluarga aku. Selepas itu aku akan kembali ke Miri untuk menimba ilmu. Aku masih lagi dalam keadaan yang belum sepenuhnya bersiap untuk membuka tirai baru dalam semester baru ini.

Aku tidak pasti cukup kah pengalaman yang aku timba dalam tempoh aku bekerja. Kebanyakan pengalaman yang aku kumpul dari situasi kena marah. Pahit betul nak kenal erti kehidupan, mengenali manusia ini semua.

Apabila aku dimarahi sebagai seorang pelayan kedai makan, satu je ubat yang ada - optimis. Atau bahasa yang lebih mudah, berfikiran positif. Buat apa aku nak memarahi semula orang itu mahu pun diri sendiri kan? Lebih baik memaafkan.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*