Second last day

13 March.

13 Mac yang lalu, yang mana jatuh pada hari Rabu merupakan hari kedua terakhir aku bekerja. Tengah hari itu, nenek aku buatkan lontong ala2 hari raya mengenangkan kemungkinan aku tidak balik beraya nanti. Atok pula bersungguh-sungguh menyanyikan lagu raya yang sedih2 untuk aku.

Jam 2 petang, sepupu aku menghantar pesanan ringkas kepada aku bertanyakan sekiranya aku ada masa untuk membantunya dalam subjek akaun. Kebetulan aku pun memang akan belajar subjek akaun pada semester akan datang jadi aku mengambil kesempatan sambil mengajar, sambil belajar.

Malam itu pula aku seperti biasa pulang ke rumah nenek. Malam itu aku tidur agak lewat kerana mengenangkan malam itu merupakan malam terakhir aku akan bermalam di rumah nenek aku. Sesungguhnya nenek banyak membantu aku sepanjang cuti semester ini.

Entah bila, aku tertidur.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*