Sejarahnya

Cerita gitar bersambung. Hari ini aku teringin nak share dari mana gitar tu datang. Ceritanya tak panjang pun sebenarnya.

Dari mana gitar tu datang?

Dulu2 Abah ada beli satu drum elektronik yang mana adik aku yang no. 2 tu suka sangat main. Aku tak berapa pandai sangat. Lepas tu Abah belik pula satu keyboard yang juga rajin dimainkan oleh adik aku yang no. 2 tu jugak.

Jadinya kat sini, senang cerita Abah memang suka beli barang-barang ni semua sampailah one day dia beli gitar tu. Apa yang aku faham, gitar tu dibeli second hand. Tuan yang pertama tu dulu, kami tak tahu siapa tapi dia jarang main gitar ni.

Masa Abah beli tu masih nampak baru lagi. Abah beli kat pasar je. Gitar klasik Yamaha C-40. Masa Abah beli orang tu jual RM50 je sedangkan harga asal gitar tu RM400. Memang syok lah dapat harga cantik macam tu,

Tapi aku tak pasti pula kenapa dijual semurah itu. Dan aku juga tidak pasti sama ada asal-usul gitar tu menjadi punca kenapa gitar tu berbunyi sendiri. Ceh mistik lah konon ^_^

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*