25 March - 31 March

Huru Hara. Itu perkataan yang paling sesuai sekali aku boleh ungkapkan untuk minggu ini. Aku rasa huru-hara sangat minggu ni. Kalau aku menonton semula aktiviti harian aku ni mesti aku gelak dan kesian kat diri sendiri.

Mungkin sebab baru nak start new sem di tempat yang berjauhan dari hometown kan jadi aku rasa macam-macam benda yang aku buat macam, eh betul ke ni? eh ape ni? haha. Dah lah aku memang clumsy kan bila dalam keadaan kritikal aku jadi macam buat keputusan tanpa berfikir.

Hari tu Mak ada kol tanya is everything fine? Aku rasa masa tu macam ya, everything will be fine. Aku optimis semua akan berjalan lancar. Mak pun macam tahu2 je anak dia ni huru-hara sikit minggu ini. Mungkin sebab aku bakal meninggalkan alam LAPANBELAS kot. Birthday dah makin dekat, umur dah meningkat.

Tapi aku macam tak nampak pula kematangan aku meningkat? Hihi. Dalam pada sibuk2 tu sempat juga aku ke bandar beberapa kali dan tengok 2-3 movie dengan kawan2. Macam tengah cuti je gayanya padahal tengah nak start new sem kan?

Doakanlah Dzureen dapat organise time dan catch up lectures semua. Hew hew hew.

4 Komen:

NinaAz berkata...

Good luck yeaaaa. Semoga dpt membhgikan masa dgn baik ;)

nik ros berkata...

sama la sis. masa sibuk2 tu la sibuk jugak nak buat aktvt lain..kikiki

Dzureen Darwis berkata...

Hope so :)

Dzureen Darwis berkata...

Masa tu lah bersemangat kan :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*