Gitar lagi

Hari tu aku dah tinggalkan gitar di rumah dan aku mula merasa kesunyian hidup tanpa gitar. Eceh. Hari tu kawan aku introduce aku kepada ukulele. Aku pernah la juga jumpa2 ukulele ni sebelum2 ni dan pernah juga cuba2 main tapi macam tak puas lah sebab saiz kecik.


Rabu lepas selepas lecture aku pergi mendaftar kelab muzik dekat kampus aku. Membuak2 rasa nak main gitar lagi. Jadi Sabtu lepas masa aku pergi jalan2 di bandar dengan kawan2 aku, aku terjumpa 2-3 kedai alat muzik. Wah eksited sangat aku jumpa gitar2 tapi tu lah, harga mestilah cantik kan. Haha.

Takpe lah letak dalam wishlist aje lah. Mungkin satu hari nanti tercapai lah hasrat aku nak memiliki sebuah gitar di bumi Miri ini. In shaa Allah. Rasa macam benda tu cuma kehendak, tak sepenting keperluan so kena letak tepi dulu. Kena tegas sikit dengan diri sendiri :)

2 Komen:

Nastyna berkata...

wow pandai main gitar yer, akak selalu adore orang pandai main alat music ni sebab diri sendiri sangat kaku tahap impossible. as u said, masukkan dalam wish list, at least ada kehendak dan usaha untuk dapatkannya :D

Dzureen Darwis berkata...

In shaa Allah mission is possible within this month :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*