Mac 2013

Bila mula-mula aku menjejakkan kaki aku ke alam Mac 2013, aku terasa sedikit sedih dan ada juga rasa gembira sebab aku bakal pergi semula ke Miri untuk menyambung pelajaran aku. Bulan ni aku rasa lebih penat sikit berbanding bulan Januari dan Februari hari tu sebab aku dah mula tak ikut rutin yang biasa aku buat.


1-10 Mac – Dalam sepuluh hari yang pertama tu aku masih lagi bekerja tapi dah mula rasa bagaimana nanti bila aku mula meninggalkan alam pekerjaan aku ini walaupun kerja biasa2 saja. Aku rasa macam dah jadi sebahagian dari hidup aku pula.

11-20 Mac – Bila aku mula berhenti kerja, aku pun buat lah persiapan sebelum bergerak ke Miri. Daripada packing barang, beli barang-barang yang belum cukup dan uruskan dokumen2 penting. Aku juga meluangkan masa dengan keluarga aku selagi ada kat rumah.

21-31 Mac – Akhirnya aku pun sambung pelajaran aku di Curtin University Sarawak Campus. Banyak dugaan menimpa yang mana bila aku cerita pada kawan-kawan mereka gelak tapi di dalam rasa sedih juga. Tapi masalah beransur selesai satu persatu.

It is April everybody! Enjoy! :)

4 Komen:

Haryati Faizal berkata...

selamat belajar ye...

nik ros berkata...

enjoy student life yea. stress tu biasa la. tapi jgn terlampau stress nnt ganggu study.
kwn2 ada so ok la.

Dzureen Darwis berkata...

Terimas terimas terharu gitu~

Dzureen Darwis berkata...

Alhamdulillah, ada kawan2 yang memahami saya :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*