Hilang Arah

Lately aku rasa macam hilang arah. Kelas, aku taknak masuk. Duit, aku belanja sepah2 entah untuk purpose yang bukan2. Aku rasa aku terlalu tidak peka terhadap diri aku sendiri. Aku terlupa untuk fokus kepada apa yang aku patut buat - belajar.

Aku sedar hari tu 1 Jun dan aku berfikir, macam mana lah aku nak hidup sebulan ni bila most of the money I have spent for things that are not important. Tiba2 aku tengok kalendar sekali lagi dah 15 Jun! Aku cuba untuk berfikir apa yang aku makan? Apa yang aku buat? Apa yang berlaku dari 1 Jun sampai 15 Jun? Aku tak dapat jawapan.

Aku seolah-olah baru bangun dari mimpi yang sangat lama dan aku lupa mimpi tu. WOW scary okeee. Sangat scary. Bila aku tersedar, aku terus bangkit dan kembali mengikut rutin harian aku. Aku cuba untuk kira berapa hari lagi yang tinggal sebelum final? 20 HARI!

Ya Rabbi, apa aku buat selama ini? Apa yang aku ingat, sepanjang 1 Jun - 15 Jun tu aku banyak sangat assignment. Ya banyak benda aku submit dan present sepanjang tempoh tu. Tu je yang aku ingat. Benda lain aku tak ingat. Aku tak ingat pukul berapa aku tidur? Apa aku makan? Nothing!

Baru Foundation kot, hampir2 aku kesesatan. Nasib baik Tuhan memberi aku peluang untuk kembali semula ke jalan yang benar. Scary gila bila ingat balik apa yang berlaku.

2 Komen:

Nastyna berkata...

There's time that u just want to go all out without giving a second thought, its all ok dear. So now can focus on whats coming ;)

Dzureen Darwis berkata...

Thank you sis :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*