Jangan Kata Tidak

 

Zue dah tak sabar sangat-sangat nak akhiri zaman foundation ini. Sebenarnya sedih ada juga kerana semakin jauh kita pergi, semakin besar tanggungjawab. Semakin besar tanggungjawab, semakin sibuk lah nanti. Tapi, Zue cepat bosan. Jadi Zue nak step up ke peringkat yang seterusnya. Kalau nak step up, kena lah lulus final Julai nanti.

Maka kena lah study. Itu saja lah kaedah yang ada. Takkan nak bawa "toyol" pula masuk dewan periksa kan? Zue tak pernah dan tak akan buat kerja macam itu. Waima masa sekolah tadika dulu pun tak pernah meniru dalam peperiksaan. Meniru kerja rumah selalu lah tapi.

Jadi sekarang ini kena lah selak-selak nota dan latihan memanjang. Tinggal dua minggu saja lagi sebelum peperiksaan akhir akan berlangsung. Kena lah speeding sikit.

2 Komen:

Nastyna berkata...

Owh good luck for ur exam dear. Insya Allah...

Dzureen Darwis berkata...

TQVM :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*