Ngegeh

Masa aku awal awal dulu belajar di Miri, aku selalu juga dengar orang kata ngegeh ni. Tapi aku tidak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan ngegeh ni. Jadi bila aku tanya dengan kawan kawan, ada yang kata ngegeh ni maksudnya mengada - ngada. Ada juga yang kata maksudnya gedik dan ada juga yang kata maksud yang lebih kurang sama saja. Jadi untuk lebih faham apa yang orang kata ngegeh ni, aku bergaul dengan orang sekeliling.


Bila ada budak kecil menangis minta gula-gula di kedai. Lepas tu mak dia tak nak beli kan. Lagi kuat dia nangis. bergolek-golek atas lantai di kedai tu sampai semua orang dengar dan nampak. Itu ngegeh. Maka boleh lah mak kepada budak ni kata kat orang lain, "ngegeh bha budak ini".

Bila ada kawan yang sedang makan berdepan dengan kita, dan dimintanya kita ambilkan botol kicap yang hakikatnya terletak dua langkah je dari tempat duduknya. Itu ngegeh. Maka bolehlah kita kata, "ngegeh lah kau ni".

Bila cikgu kita kata kelas dibatalkan. Dua hari lepas tu dia kata kelas tidak dibatalkan. Bila pada hari kejadian kita sampai di depan pintu kelas, kita perasan dua minit lepas cikgu baru update kata kelas dibatalkan semula. Itu ngegeh. Maka boleh lah kita kata, "ngegeh lah cikgu ini".

Bila ada kawan yang kol mintak belanja dia MacD setiap malam. Itu ngegeh. Maka bolehlah kita angkat kol tu dan jeri "NGEGEH NGEGEH NGEGEH!!!!!". jerit je kuat kuat. Hehe

Jadi, sekarang saya dah faham, apa itu ngegeh ;)

2 Komen:

Nastyna berkata...

simple ayat nya, tapi pelbagai guna. hehe ngegeh.

Dzureen Darwis berkata...

JJ pun boleh jadi ngegeh juga tu :p

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*