Blog A Journey Towards My Destiny

Ramai orang tertanya-tanya kenapa Zue bukak sampai dua blog. In fact setakat hari ini ada lima blog dah tapi semua pupus. Haha. Blog yang feeling2 tulis omputeh tu sebenarna ada sejarahnya.

Pengenalan

Blog Omputeh tu dibuka atas permintaan mak. Sebulan sebelum Zue pergi ke Miri untuk sambung belajar, mak yang minta blog itu dibuka. Sebab apa? Sebab mak nak dengar khabar berita anaknya hari2. Memandangkan mak memang rajin blogwalking di komputer atau tabletnya, dia nak baca tulisan tangan anaknya.

Zue pula bukan nya jenis yang rajin telefon mak hari2 macam kawan2 yang lain. Zue kol seminggu sekali dan biasanya cuma berwhatsapp. Mak pun rasanya malas kot nak bergayut lama-lama kat telefon. Hehe. Blog ni mak bole baca bila2 je dia nak.


Kenapa Omputeh?

Sebab mak kata English Zue teruk bebenar. Lepas SPM hari tu, semua interiew gagal. Haha macam mana tu? Pulak masa tu nak masuk Curtin Uniersity, mostly di sana guna bahasa Inggeris, tak macam kalau di IPTA biasanya perbualan harian pelajar guna bahasa Melayu je kan.

Kalau Zue nak guna Bahasa Melayu kat sana pun susah sebab mereka Melayu Sarawak. Penggunaan bahasa baku bercampur dialek Sarawak sukar untuk difahami secara keseluruhan. Tapi sekarang dah paham le. Hehe. Memang termaktub bahasa rasmi negeri Sarawak ini ialah Bahasa Inggeris.

Kenapa tak stick pada satu blog?

Sebab kadang2 rasa nikmat berblog tu terbatas bila menulis dalam bahasa asing (asing lah sangat). Susah nak merapu sikit2. Hehe jadi menulis post ikut mood. Kalau mood omputeh, tulis dekat blog Omputeh tu. Bila feeling melayu terakhir, pindah ke blog ini pula.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*