Buka puasa di Miri

Assalamualaikum :)



Rasa-rasanya ni lah menu berbuka paling sedap dimakan di Miri sebelum balik ke Batu Pahat. Sememangnya satu perangai yang tak dapat nak diubah ialah makan tak reti nak bersabar. Dah nak habis makan baru lah beringat nak amek gambar tepek kat blog. Berbeza dengan Mak, selagi dia tak habis berphoto shoot, jangan harap dapat sentuh makanan tu. Kihkihkih. Ok itu selingan je. 

Hari tu meroyan sangat2 nak makan pizza. Domino Pizza memang tak ada lah di Miri ni. Pizza Hut ada tapi di bandar lah kan. Jadi sebab nak sangat makan, cuba lah makan Pizza di satu gerai jalanan depan rumah. Hawaiian Chicken. Mak aih, ini pon sodap. Time buka puasa memang lah semuanya sedap kan. Mana boleh tak sedap.



Yang ini pulak menu berbuka yang paling memecahkan perut di Miri hari tu. Masa beli bukan main lagi rasa macam yakin je boleh habiskan. Gambar ni pun sebenarnya ambil gambar kawan punya. Masa ambil gambar ni, Zue dah makan Zue punya so nak ambil gambar dah tak comel pulaks. Haha

Sekali makan, ha baru kau tahu kecil perut kau tu Zureen oi. Nasi beriyani, lauk kambing masak kari, tekur rebus masak kurma, pecal nenas (kot) dan papadem (kot). Tak tahulah betul ke tak eja tu main eja ikut sebut nama je. Maafkan saya kerana mengepost entri yang lazat di kala puasa ini. Huk huk tapi nak juga. :)

10 Komen:

ashra berkata...

hehe.samalah kita......sebab tu jarang amik gambo makanan.sebabnya da makan baru teringat nak amik makannya..

orang batu pahat ye?samalah kita orang johor.
selamat bertemu keluarga =) dan bergembira di ramadan dan syawal ya

Dzureen Darwis berkata...

Oh orang Johor juga :) Ye in shaa Allah beraya di kampung tahun ini :)

aizamia3 berkata...

tak pernahnya ingat nak amik gambar melainkan kalau hp kebetulan ada kat sebelah masa tu ;)

Dzureen Darwis berkata...

Haha ni handphone sentiasa kat tgn pun lupa juga saya ni

S.K.A berkata...

sedapnya menu berbuka =) best x tggl kt miri?? raya xblik johor??

Hatimi Tahirruddin berkata...

wah nasi bryani tu nampak best lah....

Dzureen Darwis berkata...

Best je duduk Miri, raya tahun ni balik :D

Dzureen Darwis berkata...

Datang lah sini try :3

nik ros berkata...

akak pttnya tahun ni beraya johor tapi hubby tak ada so balik kelate. kalau tak blh jumpa..hehe

akak suka snap gambar mknan jugak tapi kekadang malu nak snap kalau ramai org. nnt kata jakun pulak..haha

Dzureen Darwis berkata...

Oh husband akak orang johor rupanya. Takpe lain tahun ada, kalau panjang umur in shaa Allah bersua.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*