KLMJ #1 - Buku pink kecil

Assalamualaikum :)

Hari ini nak menyingkap Kenangan Lama Mengusik Jiwa (KLMJ) masa sekolah menengah dulu. Ini cerita zaman Tingkatan Empat.


Ini buku nota yang Zue beli selepas habis PMR. Mak belikan buku-buku rujukan untuk SPM selepas PMR. Mak suruh belajar siap2 sebelum masuk kelas. Jadi Zue beli buku ini dan mula menggunakannya bermula dari selepas PMR tu lah. Yang menariknya, buku tu masih ada beberapa page kosong dan digunakan lebih dari tiga tahun sampai sekarang. Jom terjah apa ada dalam tu.

1. Kata2 semangat. Contohnya "If life doesn't smile, tickle it until it laughs". Semestinya penting. Bila rasa down dan malas nak belajar, buka je buku ni, lepas baca kata2 semangat ni, akan rasa lebih bermotivasi nak buat kerja.
2. No. telefon dan alamat kawan2. Selepas PMR ramai kawan yang pindah jadi untuk keep in touch, kami bertukar-tukar alamat dan no. telefon. Maklumlah masa tu belum obses dengan Facebook. Lepas dah ada Facebook dah tak pandang dah.
3. Nota Biologi - Addmath - Kimia. Nota2 yang rasa macam wajib dihafal tu ada diletak dalam buku ni sebab buku ni memang bawa ke mana-mana. Siap dengan akronim sekali macam "Nak Hafal Kimia Agak Liat" dan "Sos Contact Obama" untuk hafal periodic table. Haha
4. Jadual belajar. Biasanya kena bahagikan masa. Kalau ada 3 jam waktu prep petang atau malam, kena decide nak buat apa, berapa lama nak baca buku ni, berapa banyak nak kena siapkan dan macam-macam lagi so kita plan dulu.
5. Panduan solat ketika bermusafir. Masa Tingkatan 4 dan 5 kerap sangat merayau entah ke mana, serata Malaysia melancong wakil itu wakil ini tapi jarang menang. Hewhew. Jadi nota solat jamak dan qasar ni agak penting untuk diri sendiri.

Iklan kejap


Birthday card dari seorang sahabat dijumpai dalam buku tu.

6. Laporan pelbagai perjumpaan. Masa di menengah atas, banyak pegang jawatan setiausaha. Mungkin sebab terlalu pendiam. Oh tidak. Tidak diam langsung ok. Sangat banyak cakap sebenarnya kalau jumpa kaki. Kalau tak, diam je lah. Kalau time kena serious, mak aih kawan sendiri pun takut nak tegur. Jadi banyak la laporan meeting dalam buku ni.
7. Lirik lagu. Ok ni macam berangan sikit lah kan. Bila prep malam dah ngantuk. Mood syahdu. Pegang pensel, nyanyi sambil rakam lirik lagu tu. Bila2 free lagi tinggal pegang buku tu dan nyanyi. Ada orang pernah tanya. "Eh kau baca yasiin ke?" ok lirik lagu sebenarnya. Sentap.
8. Skrip debate. Ni lagu satu peberet aktiviti. Debate dan bahas. Apa beza? Debate dalam English dan Bahas dalam Bahasa Melayu. Bahas kureng sikit sebab ramai expert kat sana so layan debate je lah. Bila nak practice, takde buku lain, buku ni juga yang dicapainya.
9. Akaun perniagaan. Hehe masa sekolah dulu ada niaga sikit2 dengan kengkawan. Memandangkan moto MARA ni nak memajukan orang Melayu, MARA menggalakkan program keusahawanan so pelajar MRSM memang selalu digalakkan bertatih2 dalam dunia perniagaan. Tapi keluar je dari MRSM terus malas dah nak niaga.
10. Taklimat dan jurnal science camp. Masa pergi kem cuti sains dulu pun bawa buku ni jadi segala nota dicatat dalam buku ni. Jurnal harian pun ada direkodkan dalam ni buat kenang-kenangan. Hehehe

Iklan lagi


Kad ucapan goodluck exam dari junior :)

Huh tak sangka buku sekecil tu mampu memuatkan pelbagai catatan yang pelbagai. Terkesima sebentar lepas baca balik buku tu semalam gara-gara terjumpa dalam almari baju. Banyak lagi ni barang pusaka boleh diterjah. Dan oops panjangnya entri -.-

Iklan terakhir


Flash card kimia yang juga dijumpai dalam buku tu.

Till then :)

12 Komen:

AiSyA LiEzA berkata...

hehehe..kenangan y mengamit memorii tuuu =)

Dzureen Darwis berkata...

Itu lah tekenang2

S.K.A berkata...

bgusnya =) mcm2 benda simpan dlam 2..yg pnting bermanfaat..

Dzureen Darwis berkata...

Tapi ni tinggal kenangan je lah S.K.A

Haryati Faizal berkata...

banyak kenangan sungguh ye.... bila tengok balik buku2 lm teringat balik zaman sekolah dulu2 ye...

Dzureen Darwis berkata...

Hehe tapi tak la lama sgt pun, 2 tahun yg lepas :3

pha is berkata...

banyaknya isi.. hahaha..

"Bahas kureng sikit sebab ramai expert kat sana so layan debate je lah"
pergh...ni mesti terrer debate ni... tringat plak kenangan dulu masa masuk pertandingan bahas ala parlimen. hehehe

Dzureen Darwis berkata...

X terrer pun tp dah xde org lain nak masuk. Bidan terjun je ni :3

Hatimi Tahirruddin berkata...

ooh kenangan mmg best....

Dzureen Darwis berkata...

semestinya :)

nik ros berkata...

byk menyimpan kenangan tu. mcm2 ada yea..hehe

Dzureen Darwis berkata...

Hehe itu lah. Bila tengok balik rasa kelakar

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*