Kucing boleh berkata Hello

Assalamualaikum :)

Lately ni selalu dengar mak panggil Kuro (Kucing hitam itu). Dulu-dulu mak selalu panggil nama je tapi sekarang mak kata "hello" berulang kali. Tak lama lepas tu pernah Zue menegur Kuro dengan berkata "Oi nak ape?" dan adik Zue kata, "Mak suruh cakap hello kat Kuro, sebab kucing boleh cakap hello". Haa baru lah tahu motif sebenar mak. Hehe

Kalau tengok di Youtube memang banyak orang merakam aksi kucing berkata "Hello". Ada tu yang siap slang British lagi hello dia. Mengalahkan manusia slang dia ek. Ada juga sesetengah page yang memberi tunjuk ajar macam mana nak ajar kucing sebut Helo. Haha macam macam. Ingatkan burung kakaktua je pandai cakap.



Yang ini bukan Kuro. Ini Chomel. Salah satu kucing yang pernah kami bela. Zue bela dia sejak Tingkatan 4 di asrama. Habis SPM, Zue bawa dia balik ke rumah. Tapi selepas Zue pergi Miri, Chomel dan anak-anaknya hilang.

9 Komen:

dear xila berkata...

helooooo meowww2~~ hehe comey je nk try ajar la ;p

Dzureen Darwis berkata...

Hi dear xilla.
Kalau dah berjaya ajar kucing berkata hello nanti jangan lupa rakam video dan share ye hehe :)

PakcikLie PCL berkata...

As-salam, hi Dzureen..t.kasih selalu singgah komen di blog pcl, amat menghagai khadiran muka2 baru...
pcl n anak2 suka dgn kucing tp tak dibenar bela oleh mamaD sbb anak sulung pcl ada athma...boleh ea kucing cakap hello ? ..nt pcl cuba kucing adik kat kpg.. :)

Dzureen Darwis berkata...

Alhamdulillah, masa kecil dulu pun mak tak bela kucing, saya dah besar ok je dengan kucinghehe. Cuba lah kat kampung nanti hehe

nik ros berkata...

wah.kucing blh cakap hello. tak pernah lagi sis dengar

Dzureen Darwis berkata...

Hehe kak Nik boleh cuba google atau cari di Youtube :)

Hanan Glory berkata...

takut kucing wpun kucing comel..he..

Dzureen Darwis berkata...

Hehe jangan lah takut, dia tak makan orang. :)

Tanpa Nama berkata...

hai..hello kucing comel emmmmmm....mknan

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*