Lima Perkara: Cuai di Lapangan Terbang

Assalamualaikum :)

Hari ni Zue nak imbas kembali top 5 benda yang selalu Zue cuai bila nak naik flight. Bila jadi nervous, selalu berlaku kecuaian yang memalukan. Cukup memalukan dan kadang kala berbahaya.

1. Overweight
Ini salah satu sebab kenapa Zue malas nak check-in luggage. Beg ni kan ada dua kategori, satu yang kita hanta siap2 kat kaunter (check-in baggage), satu lagi yang kita bawa bersama naik simpan dalam kabin (cabin baggage) kan? Memang malas betul nak bawa checked in baggage. Seboleh-bolehnya Zue nak kurangkan penggunaan beg.

Oh bukan Zue yang overweight ok. Zue underweight, kalaulah berat beg tu boleh convert jadi berat badan mesti best. Beg selalu terlebih berat. Time book tiket kemain yakin book beg ringan-ringan je sekali time timbang terlebih muatan. Kat rumah taknak timbang siap2. Pernah sekali tak bawa cash, huru-hara keluarkan barang alih ke beg lagi satu. Malu iolls.

Beg ala-ala pergi haji bermodelkan si Kuro

2. Hilang boarding pass
Boarding pass ni biasa Zue print siap2 kat rumah. Guna web check in je senang. Kalau AirAsia boleh check in 2 minggu awal kalau tak silap jadi tak payah lah checkin kat kiosk yang kena beratur tu atau check in kat kaunter yang mana memerlukan pembayaran RM10 kalau tak silap. Mana lah tahu kalau terlambat sikit sampai air port mana lah sempat.

Pernah sekali lepas check in bag, baru perasan yang boarding pass hilang. Jenuh mencari di sana sini tapi tak jumpa. Adui parah parah. Dengan tak beraturnya (sorry mereka yang dipotong barisannya ketika itu) Zue terjah kaunter minta dia printkan yang baru. Nasib baik dapat. Fuh lega tapi malu lah dengan kawan-kawan time tu hehe

Boarding pass

3.Lambat keluarkan passport
Bila dah time nak masuk flight, kemain laju je nak beratur, kono nak masuk dulu lah kan.Tapi sekali bila sampai turn, dia minta passport, baru nak cari dalam beg. Lupa nak siapkan awal-awal. Terpaksa orang tu tunggu. Kadang-kadang Zue suruh orang belakang tu masuk dulu. Tak pasal-pasal orang cakap belakang nanti. Hehe peace!

Dokumen perjalanan terhad

4. Orang terakhir berjaya letak luggage
Lepas tu, bila dah sampai dalam flight, terpaku dan terpana lupa nak cari seat. Dah jumpa seat baru perasan yang beg belum diletakkan di atas tempat duduk. Tengok keliling orang lain dah letak dah tnggal Zue sorang. Terkial-kial angkat beg 5 kilo. Time tu ruang pun dah sempit susah nak cari tempat nak letak. Aduh berpeluh-peluh risau. Angkat beg lepas tu passport kepit kat mulut. Ceh

5. Lambat masuk gate 
Pernah juga sekai tersalah baca boarding pass. Boarding pass kata gate tutup pukul 5.20, tapi Zue dengan bijaknya pergi masuk jam 5.20, fikir baru nak buka. Haaa terkeja-kejar dibuatnya. Time kat kastam boleh pula tak lepas sebab lupa nak keluarkan phone dari poket. Semua orang dah tunggu dah time tu. Nasib baik tak terlepas penerbangan, Terima kasih lah encik pilot tak tinggalkan. Heheh

p/s: Tapi sekarang dah ok sikit dah. Kalau tercuai sikit pun cepat-cepat cover balik. Sebab dulu awal-awal family temankan boleh lah nak cuai, ada orang jaga. Sekarang ni haaa sape nak jaga kau ha? Jaga lah diri sendiri. Lepas tengok cerita Aku Bukan Malaikat lagi lah rasa phobia dan berjaga-jaga ketika di airport. Kih kih kih. Korang pun jangan cuai jugak okehhh. :)

2 Komen:

nik ros berkata...

benda tu ramai yg buat jugak sebenarnya..hehe

Dzureen Darwis berkata...

Oh yeke, fikir saya je yang over clumsy hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*