Lima Perkara - merancang sebelum bertolak

Assalamualaikum :)


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita main click2
campaign image
I will hit u back, inform me in the comment below :)

26 Julai yang lalu Zue terbang ke Miri semula kerana ingin menguruskan beberapa urusan di tempat belajar. Seperti biasa, setelah belajar dari kesilapan, Zue akan buat perancangan teliti terlebih dahulu sebelum bertolak. Macam ni je lah perancangan yang dibuat. Ikut mood. Kadang kadang macam ni, kadang-kadang catat di phone saja. 

Pen dan kertas memang penting bagi Zue

Sesi mengemas beg
- Apa yang nak dibawa disenaraikan dalam satu list. Jadi selepas mengemas boleh semak semula takut ada yang tertinggal

Sehari sebelum bertolak
- Tidur, makan yang cukup dan bateri phone yang penuh untuk memudahkan perhubungan sebelum dan selepas berlepas

Di lapangan terbang pelepasan
- Lalui semua prosedur dengan tertib dan cermat. Dokumen-dokumen penting pula jangan dilupakan, letak di tempat yang mudah dicapai.

On boarding
- Yang paling penting sekali dalam plane ialah untuk mematikan telefon bimbit dan menyimpan semua dokumen penting dengan selamat.

Ketibaan
- Tidak perlu terburu - buru dan tanpa menoleh ke kedai-kedai yang boleh menyebabkan pembaziran berlaku, terus ke kaunter taxi.

Macam skema je kan buat semua ni tapi ni je cara yang paling sesuai untuk Zue sebab belum biasa lagi jalan seorang diri. Serious takut sangat :o

campaign image

16 Komen:

PakcikLie PCL berkata...

..hanya org yg teliti boleh buat mcm zue buat ni,.perancang rapi... sama macam anak pcl Hanis Umairah..sentiasa dengan buku nota dan pen..semoga dia juga mcm tu jugak..

Kakzakie berkata...

Baca doa jgn lupa Zu. Lagi-lagi perjalanan sendiri pergantungan penuh memang pada Allah.. Insya-Allah selamat.

nik ros berkata...

siap buat perancangan lagi tu. bagus la. nnt tak la kelam kabut kan.

Dzureen Darwis berkata...

Adoi, xde sampai tahap teliti itu. Hehe Hanis mesti jadi baik MAAAACAM saya. Hehe perasan kejap

Dzureen Darwis berkata...

Thanks Kakzakie for the reminder :)

Dzureen Darwis berkata...

Dah buat macam ni pun ada kalu2 sikit jugak hehe

syaafi sushi berkata...

semoga selamat dalam perjalan pergi dan balik ye dear.. heheh =)
insyaallah =)

Norhasniza Khalid berkata...

ini lah bagus.. teratur.., berdisiplin.. hihi

Dzureen Darwis berkata...

Thank you so much dear :)

Dzureen Darwis berkata...

Tang berdisiplin tu xde la sgt. Kakaka

Aku Penghibur berkata...

wahhh bagusnye :) begitu teliti :) mesti orangnye pandai tentang management

Dzureen Darwis berkata...

Kikiki jadual berterabur ni haa Acik

S.K.A berkata...

sy kalau teliti mcm mn pn :) ttp ada juga yg tertinggal hu3

Dzureen Darwis berkata...

Takpe manusia memang tak sempurna, tapi kita boleh berusaha mendekati sempurna :)

||aLeaSaRa|| berkata...

wah nice sharing ni,tips ni boleh digunakan kawan2 yang lain ^^

selamat bersahur ye :)

Dzureen Darwis berkata...

Akak pun sama, selamat bersahur :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*