♥ Lollipop - 1 s t - Giveaway ♥

Assalamualaikum :)

Hari ni rasa berminat nak join GA sebab nampak cute je la banner dia. Haha.



Pengalaman Pertama Kali Anda Puasa

Ini cerita scary lah. And lagi satu cerita nya berlaku pada malam nak puasa, belum puasa lagi pun sebenarnya. Hehe mesti orang taknak baca kan? 

Ceritanya macam ni. Masa mula-mula puasa dulu, di kampung. Jadi ada seorang sepupu yang selalu main sama-sama tapi dia tua lagi lah dari Zue. Masa malam first nak puasa tu. masa dah nak Maghrib tu kitorang dah kat bilik dah. Tetiba Zue nampak dari tingkap bilik beberapa patung lilin sedang mencair di depan rumah.

Patung tu nampak macam diperbuat daripada lilin dan nampak jelas bentuk muka, mata, hidung dan sebagainya macam manusia. Tapi dia mencair umpama lilin yang kita bakar sumbunya. Baunya busuk sekali.

Tapi sebagai seorang kanak-kanak berumur lima tahun mana lah pandai takut kan? Bila umur dah meningkat dan teringat balik cerita tu baru lah rasa seram sejuk. Hehe

Pagi tu masa sahur, sepupu Zue pula bercerita. Malam itu masa nak tidur, dia tidur katil double decker belah atas dan dia nampak muka orang sedang memandang dia melalui corong udara yang biasa berada di atas tingkap tu. Uuuu scary nya.

Tapi orang selalu kata hantu syaitan kena ikat bulan puasa. Kenapa kami nampak pelik2 ya? Mungkin sekadar imaginasi. Hehehe saja buat cuak. Imaginsi rupanya.

5 Komen:

Lolly Lilly berkata...

Thank u sebab sudi join, uuu scary pulak bca.. huhu~ ★

Dzureen Darwis berkata...

Hehe jangan baca banyak kali nanti termimpi2

Mieza Jhaa K berkata...

Wahh mmg cantiklah banner.. Fuhh scary! Zaman budak2 mmg akan nmpak bnda pelik..tp buat derk je..bila besar baru fikir balik.. Akak pernah nmpak benda berekor panjang bergayut kat pokok pisang masa duduk atas dukung mak. sampai skrg ingat lagi bntuk benda tu..

Dzureen Darwis berkata...

Hehe scary kan kalau ingat apa kita nampak masa kecil :(

Lolly Lilly berkata...

cik mieza jempot la join skali~ hee~ :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*