MRSM: Kronologi Bulan Puasa (Lima Perkara tentang Sahur)

Assalamualaikum :)

Kali ini Zue sekali lagi menulis entri amat panjang tanpa motif, tanpa subtitle dan tanpa sinopsis yang meringkaskan jalan cerita. Hehe maaf :)

Menyambut Ramadhan di maktab sememangnya indah. Sebab rakan2 sebaya ada di sisi. Rumah pun sejengkal je dari asrama. Bila2 nak buka puasa dengan family pun boleh je. Boleh bah kalau kau mau. Kata orang Sabah.

Sahur di maktab #1makanannya mewah juga. Ok lah tak sehebat di rumah boleh tukar2 menu tapi memadailah. Duit makan pun x bayar, dapat bantuan. Kalau tak reti bersyukur juga, tak tahu lah nak jadi apa. Duit makan di MRSM ni dulu2 zaman Zue RM30 sebulan, tapi dalam pertengaha 2010 atau 2011, tak ingat bila dia naik jadi RM60 sebulan. Sepatutnya kena bayar lah ye dak? Tapi dia bagi cance makan free LIMA tahun. Terima kasi MARA. Itu selingan namanya.

Sahur di maktab biasanya nasi goreng, ayam goreng dan sosej. Ataupun Nasi putih bersama sardin. Minum pula minuman panas seperti milo,kopi, teh atau susu. Time sahur ni biasa budak2 #2senyap je sebab mengantuk. Berbeza dengan waktu biasa lunch, dinner mahu pun breakfast. Tak reti nak tutup mulut time makan. Mengunyah dah satu hal, berseloroh pula tu. Oke selingan lagi.

Masa di Tingkatan 1 dulu, ada seorang kawan lelaki yang genius tapi macam budak-budak sikit. DIa budak lelaki. Memandangkan blok asrama Zue berdepan dengan blok lelaki, susunan blok ni agak menyebabkan kurang privasi sebab nak keluar bilik MESTI pakai tudung sebab lelaki depan mata je kan. Selingan lagi. Memandangkan blok Zue depan blok lelaki, selalu terdengar pagi2 budak ini #3kejut kawan2 yang lain sambil bergendang tin biskut. Lucu betul. Bilik ke bilik dia kejut.

Bila pergi tempat makan, macam-macam #4kerenah Zue jumpa. Yang pakai seluar tidur, yang pakai tudung terbalik pun ada. Nasib baik tak ada yang lupa pakai tudung. TIme macam ni warden rajin merayau sebab budak2 mamai selalu lupa sorok phone. Tu dulu lah, sekarang dah boleh bawa phone, maju betul budak zaman sekarang. Selingan lagi kan.

Tapi pernah satu ketika semasa budak2 mamai. Semua orang senyap sunyi sepi. Tiba2 budak-budak laki berteriak. Itu amat tak biasa sebab biasa budak perempuan yang teriak. Kucing lintas pun nak teriak.Ha nampak tak banyak selingannya? Terdengar budak-budak lelaki menjerit kata #5"Kurma terbang". Tertanya-tanya Zue apa yang berlaku.

Pagi itu di kelas, Zue bertanya kawan-kawan apa sebenarnya yang berlaku tadi? Pada sangkaan ZUe budak-budak laki main baling-baling kurma sebab mereka memang suka baling2 makanan. Isy3 tak patut. Tapi mana ada Dewan Selera sediakan kurma waktu sahur kan? Kawan kata "kami jumpa lipas dalam lauk pagi tadi" and terus Zue buat muka "WHAT?!!!" haha ngeri sekali.

Lagi cerita tentang MRSM - 

6 Komen:

Mieza Jhaa K berkata...

Amat tidak bersetuju dengan blog asrama lelaki bertentangan.. Rimaskan..?

Dzureen Darwis berkata...

Ye rimas sangat . Hehe nasib baik dah habis sekolah

S.K.A berkata...

ha3..kurma terbang ye =) lipas pgtor..kalau ada dlm mkanan wajib buang...xde kena ggu ke bila hstel laki dkt dgn prmpn??

nik ros berkata...

aik..ada yg lupa pakai tudung pun ada.haha

Dzureen Darwis berkata...

Nak buat macam mana, dah mamai kan hehe

Dzureen Darwis berkata...

Setakat ni alhamdulillah, setakat main2 laser ada lah. Lagi pun sekarang ni dah ada tembok tinggi didirikan menjadi penghadang dua blok tu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*