MRSM - Kronologi bulan puasa (Lima perkara tentang waktu berbuka)

Assalamualaikum :)

Sambungan entri giler panjang semalam.

Bila waktu berbuka hampir menjelang, jam 6.00 petang kami dah turun Dewan Selera. Makan ikut keluarga kecil. Jadi biasanya ambil turn lah siapa yang kena trun awal untuk #1hidang makanan. Kadang2 ada homeroom (keluarga kecil) tu keluar ke pekan sebentar, cari juadah berbuka tambahan bersama penasihat homeroom mereka.

Ada juga yang mencari duit dengan #2berniaga pada bulan puasa. Ada yang jual air, ada yang jula snek bergoreng seperti nugget dan sosej. Semua ni pelajar yang jual. Memang masyuk duit waktu macam ni sebab bulan puasa ramai yang terliur.

Jam  6.30 petang, kami dah naik surau. Masing-masing sebelum naik surau terjengah-jengah hidangan di Dewan Selera sebab surau terletak di atas DS tu. Masing-masing dah duduk berkelompok #3mengaji. Nak habiskan 30 juzuk sebelum tibanya nuzul Quran. Nuzul Quran nanti, akan ada majlis khatam Quran.

Bila waktu berbuka, kami akan #4berbuka dengan air dan kurma terlebih dahulu di surau dan segera menunaikan solat Maghrib. Sesudah itu, berpusu-pusulah kai turun ke DS untuk menjamu selera. Masa ni barulah terdengar semula riuh rendah maktab selepas sunyi sepi sahur tadi pagi.

Kemain lama lagi berbuka, sampai dah masuk waktu isyak baru semua bergegas naik semula untuk sambung Isyak, #5Tarawih dan Witir. Kadangkala, bersambung pula dengan ceramah panjang pendek. Malam memang dah taka da kelas prep bulan-bulan puasa ni.

Lagi cerita tentang MRSM - 

4 Komen:

S.K.A berkata...

wowww..padat btol ye dgn aktiviti =) ape pn bnda ni smua msti jd pgalaman yg terindah

nik ros berkata...

bagusnya aktvt gini. dapat terawih sama2 kan. seronok. rindu lak zaman U dulu :)

Dzureen Darwis berkata...

Hehe tapi saya di U tak ada pula budaya terawih ni sangat. :p

Dzureen Darwis berkata...

In shaa Allah, tak akan lupa. Yang padat2 tu kadang2 skip juga. Kih kih kih

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*