Nota R1434 #2 - Kenapa dengan Ramadhan?

Assalamualaikum.

Selamat bersahur semua *kunyah oreo double stuff*

Situasi : Malam sehari sebelum puasa, kita terlalu gembira duduk depan televisyen mendengar pengumuman tarikh bermulanya puasa. Kita berazam puasa kali ini akan jadi lebih bermakna berbanding puasa-puasa sebelumnya. keesokan harinya, kita bangun sahur jam 3 pagi, 2 jam sebelum waktu imsak. Petang itu, jam 6 petang hidangan berbuka dah siap atas meja. Solat terawih tiap2 malam. Tapi, benda ni tak berkekalan. Ramadhan ke 15, kita mula malas nak bangun sahur. Terawih dah mula tinggal. Kita rasa kerja bertimbun-timbun sampai tak dapat nak kejar terawih. Kenapa?

1. Tak istiqamah
Kita tengok kemampuan kita. Jangan lah malam pertama baca Quran habis satu juzuk tapi esok nya tak baca dah. Lepas tu dalam seminggu ada lah 2-3 muka surat je baca. Sebaliknya kita bermula secara perlahan. Baca 1 mukasurat pun tak apa asalkan konsisten. Setiap hari baca. Bukan kuantiti je kita kejar, kita kejar kualiti juga. Lama-lama pandai lah kita up sikit, 5 muka surat sehari, 5 muka surat setiap kali lepas solat, dan sebagainya.

2. Kurang sokongan
Kalau rasa tak kuat, kita buat lah dengan kawan-kawan atau keluarga. Ajak mereka sekali. Lepas tu, dekatkan diri dengan ilmu Allah. Sama-sama saling mengingatkan, menyokong. Baru lah kita tak tertinggal macam tu je.

p/s : Don't make Ramadhan an eating contest video, ihsan dari Productive Ramadhan

3. Kurang pengurusan
Pengurusan apa? (1) Masa. Kena spare masa untuk beribadat, untuk bekerja dan untuk diri sendiri. Jangan terlebih consume masa pada satu bahagian sahaja. (2) Tenaga. Especially waktu sahur, makan betul2, jangan makan ala-ala je. Sebab nanti kita nak bekerja semua. Lepas tu waktu berbuka jangan pula hentam semua sekali nanti badan berat nak solat pula.

4. Kurang cergas
Jangan pula bulan Ramadhan ni kita tidur saja. Bila kita lesukan badan kita, tak ada semangat nak beribadah. Buat cool je macam hari-hari biasa baru lah ada semangat nak maksimumkan ganjaran di bulan mulia.

5. Kurang latihan
Latihan apa? Latihan berpuasa lah. Sebelum Ramadhan tiba sepatutnya kita sudah warming up sikit, puasa sunat untuk latih diri supaya perut tu tak lah terkejut tiba-tiba kosong sepanjang hari selama sebulan nanti.

2 Komen:

AiSyA LiEzA berkata...

insyaAllah dpt istiqamah macam ramadhan thn lepas.. smga lebih baik dri thn lepass.. salam ramadhan ^^

Dzureen Darwis berkata...

Thank you, salam ramadhan :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*