Nothing Impossible R1434

Assalamualaikum.

Selamat bersahur semua. Bulan puasa kali ini Zue senaraikan 10 perkara yang Zue nak buat dalam masa 30 hari ini. Untuk membuktikan bulan puasa bukan lah menjadi alasan untuk kita bermalas-malasan. :)

#1 Khatam Quran
Itu semestinya. Tak pernah berjaya selama ini. Kali ini pun nak cuba lagi. Kalau pernah pun khatam bulan puasa sebab dekat asrama. Kali ini nak cuba buat tanpa paksaan undang-undang. Hehe.

#2 Jogging
Ahahaha. Ok waktu bulan biasa pun jarang jogging kan? Tapi rasa macam nak try lah joggin bulan puasa. Takkan nak terperap dalam rumah je kan?

#3 Melawat rumah kebajikan
Yang ini belum pasti lagi, sama ada rumah anak yatim, rumah orang tua atau rumah apa? Tapi cadang-cadang nya gitu lah. Yelah mereka tak ada sape nak raikan bulan puasa ni. Ececeh.

#4 Masak di Batu Pahat
Chef Dzureen. Heheh. Ada azam nak masak untuk waktu buka at least sekali masa cuti semester 2 minggu tu nanti. Saja nak tnjuk2 sikit power.Amboi

#5 Masak di Miri
Yang ni nampak mencabar sikit lah. Sebab balik kelas mesti rasa macam nak pengsan kan. Tapi berangan nak masak jugak tu. Haha.

#6 Berbasikal
Uuuuu, dah lah tadi kata nak jogging, lepas tu kata nak berbasikal pula. Pak kal depan rumah takde kolam renang, kalau tak confirm dah terjun.

#7 Approach sura atau masjid
Surau atau masjid yang tak dikenali. Sasaran nya macam surau kat kampung tu. Seumur hidup duduk situ tak pernah masuk pun pintu surau tu. Saja nak melawat boleh kan.

#8 Terbang
Selama ini kalau naik flight wajib makan. Ok kali ni first time tak makan ni. Boleh ke tidak ni?? Aduh aduh mesti bosan dalam plane nanti

#9 Habiskan satu novel / buku
Novel? errr mungkin buku ilmiyah kot. MUNGKIN lah, tapi at least satu buku lah. Buku beli habiskan baucar buku dulu belum sentuh lagi.

#10 Kuih raya!
Yay ni part yang paling best. Buat kuih raya, kek dan brownies. Hehehehehe mestilah nak buat. At least satu jenis pun jadi lah. Harap2 lah.

Puh puh moga2 semua 10 tercapai sebelum 30 Ramadhan :)

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*